KUALA LUMPUR, 12 OKT: Empat hingga enam episod hujan lebat yang signifikan dan boleh menyebabkan kejadian banjir, dijangka berlaku dalam fasa awal Monsun Timur Laut iaitu dari November ini hingga Januari 2022.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah jumlah perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar bermula Khamis ini (14 Oktober) sebagai persediaan menerima pelancong berikutan pengumuman kebenaran rentas negeri yang bermula semalam.
KLANG, 12 OKT: Aksi comel seorang remaja memakai kostum Naruto mencuri tumpuan orang ramai dan petugas barisan hadapan di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi di sini.
SHAH ALAM, 12 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM7,500 untuk bantuan kit kesihatan kepada 30 petugas media Kerajaan Negeri, Media Selangor Sdn Bhd.
SHAH ALAM, 12 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyumbang hamper kepada 60 bayi yang lahir pada Ahad lalu sekitar bandar raya ini sempena sambutan ulang tahun ke-21.
KUALA SELANGOR, 12 OKT: Seorang penternak lembu tidak menyangka permohonan bantuan pertamanya kepada Kerajaan Selangor mudah diluluskan.
SERI KEMBANGAN, 12 OKT: Kerajaan Selangor meneliti keperluan serta perancangan bersesuaian untuk kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini dijadual membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat.
AARHUS (Denmark), 12 OKT: Skuad muda negara menamatkan kempen Piala Uber tanpa kemenangan apabila kalah mengejut 4-1 kepada Kanada pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Arena Ceres di sini, malam tadi (awal pagi Selasa di Malaysia).
KLANG, 11 OKT: Golongan ibu bapa di negeri ini digesa memanfaatkan rebat pengangkutan ke pusat pemberian vaksin (PPV) untuk membawa anak berusia 12 hingga 17 tahun menerima suntikan pelalian Covid-19.
SHAH ALAM, 11 OKT: Individu di sekitar Lembah Klang yang belum menerima janji temu vaksinasi atau suntikan dos kedua Covid-19 boleh mendapatkannya secara percuma di pusat kesihatan swasta mulai hari ini.
SHAH ALAM, 11 OKT: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini terus menunjukkan penurunan dalam tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes, kata ketua pengarah kesihatan.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Sebanyak 21,073,482 atau 90 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap dos vaksinasi Covid-19 setakat 11.59 malam tadi (10 Oktober), menurut data Kementerian Kesihatan (KKM).
KLANG, 11 OKT: Cadangan pembangunan di pesisiran pantai dari Morib ke Bagan Lalang dibawa dalam Belanjawan 2022, kata EXCO kebudayaan dan warisan.
SHAH ALAM, 11 OKT: Perkhidmatan trem Bukit Malawati, Kuala Selangor dekat sini hanya beroperasi pada Sabtu, Ahad dan cuti am sepanjang bulan ini.
SHAH ALAM, 11 OKT: Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia membantu 200 penduduk Lembah Subang yang tercicir mendapatkan suntikan pelalian Covid-19 pada Sabtu ini.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Berbaki dua hari lagi penutupan sidang Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14, tiga Rang Undang-Undang dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama hari ini termasuk Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021.
AARHUS (Denmark), 11 OKT: Cabaran Malaysia dalam Piala Uber 2020 nampaknya bakal berakhir seawal peringkat kumpulan selepas tewas 0-5 kepada China dalam perlawanan Kumpulan D di Arena Ceres di sini pada Ahad.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Keadaan jalan utama menuju keluar dari ibu kota dalam keadaan terkawal dan tiada aliran trafik luar biasa dikesan walaupun rentas negeri dibenarkan bermula tengah malam tadi.
KUALA LUMPUR, 8 OKT: Trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dijangka meningkat antara 1.1 hingga 1.3 juta kenderaan sehari apabila kerajaan mengumumkan rentas negeri dibenarkan semula berikutan 90 peratus populasi dewasa telah divaksinasi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.