KUALA LUMPUR, 1 NOV: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini fokus untuk membantu kalangan ahlinya memulihkan semula dana simpanan demi masa depan persaraan mereka berikutan pelaksanaan beberapa kemudahan pengeluaran akibat pandemik Covid-19.
ALOR SETAR, 1 NOV: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah bagi menempatkan 20 mangsa daripada enam keluarga yang melibatkan daerah Kota Setar iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar.
TANJUNG SEPAT, 31 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) berharap orang ramai sentiasa menjaga kebersihan kawasan pantai supaya keindahan alam sekitar terpelihara.
KLANG, 31 OKT: Seorang pelajar maahad tahfiz berharap kerajaan dapat memberi kelonggaran kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang lengkap vaksin Covid-19 untuk bersembahyang di masjid.
KLANG, 31 OKT: Kerajaan Negeri disaran memperluaskan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) kepada pelajar bukan dari kelas peperiksaan.
SHAH ALAM, 31 OKT: Dua lagi program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja akan diadakan pada awal November masing-masing di Bandar Utama dan Seri Serdang dekat sini.
ALOR SETAR, 31 OKT: Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah iaitu masing-masing melibatkan tiga PPS di daerah Baling manakala selebihnya di Pokok Sena.
CYBERJAYA, 31 OKT: Senarai akhir calon Ikon Agro Selangor 2021 akan diumum menerusi Facebook EXCO Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim malam ini.
KUALA LUMPUR, 31 OKT: Sebanyak 22,348,481 individu atau 95.5 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
ALOR SETAR, 31 OKT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berjaya menyelamatkan 16 penduduk daripada tiga keluarga di Kampung Kotan, Pokok Sena dekat sini, yang terperangkap di dalam rumah masing-masing susulan kejadian banjir petang semalam.
SHAH ALAM, 31 OKT: Pasukan Selangor FC berpesta gol menundukkan Kuching City FC 5-1 pada aksi peringkat Kumpulan B saingan Piala Malaysia malam tadi.
CYBERJAYA, 31 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan membentangkan projek bandar hijau (Urban Nature Project) di Ekspo Dubai 2020 minggu hadapan.
CYBERJAYA, 30 OKT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menggalakkan aktiviti ekonomi seperti program Selangor Agro Market (SAM) dalam kawasan pentadbirannya.
CYBERJAYA, 30 OKT: Kerajaan Negeri menyasarkan menambah jumlah lokasi Program Selangor Agro Market (SAM) pada tahun hadapan dalam usaha membantu peniaga meningkatkan pendapatan.
KUALA SELANGOR, 30 OKT: Majikan menyifatkan inisiatif Kerajaan Negeri menganjurkan Jejajah Selangor Bekerja membantu syarikat mengembangkan operasi dengan menyediakan tenaga kerja.
KUALA LUMPUR, 30 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi penubuhan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan bagi meminimumkan jurang perkhidmatan dan memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan mental kepada masyarakat.
SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyaran orang ramai khususnya penduduk di daerah itu tidak memasuki kawasan peranginan pantai sepanjang fenomena air pasang besar dan peralihan monsun timur laut yang bermula pada awal November ini.
ALOR SETAR, 30 OKT: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling dan Pendang kekal seramai 241 mangsa daripada 64 keluarga, setakat pagi ini.
SHAH ALAM, 30 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memudahkan orang ramai menyelesaikan bayaran kompaun tertunggak melalui Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) di Aeon Mall Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM, 30 OKT: Petaling Jaya City FC memperoleh kemenangan pertama dalam kempen Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan FC 3 - 1 di Stadium MBPJ malam tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.