SHAH ALAM, 26 NOV: Selangor akan melancarkan perkhidmatan e-dompet awal tahun depan bagi mewujudkan komuniti nirtunai (tanpa tunai).
SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri akan menyalurkan sebanyak RM200,000 bagi pemeriksaan mata bagi pelajar yang memerlukan berikutan jumlah permohonan membuat kaca mata di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri didapati meningkat.
SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 700 kanak-kanak bakal mendapat bantuan nutrisi makanan selama 10 bulan menerusi Program Anak Selangor Anak Sihat (Asas), kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 26 NOV: Mulai tahun hadapan, 5,000 individu dijangka mendapat manfaat pemeriksaan kesihatan secara percuma.
SHAH ALAM, 26 NOV: Peruntukan bagi sektor kesihatan awam meningkat kepada RM65 juta pada 2022 berbanding RM56.5 juta pada tahun lalu, kata Dato’ Menteri Besar.
SHAH ALAM, 26 NOV: Kes baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini dilaporkan sebanyak 5,501, menurut ketua pengarah kesihatan.
SHAH ALAM, 26 NOV: Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) mengenal pasti 1,880 peluang pekerjaan ditawarkan syarikat terkemuka kepada golongan berpendapatan rendah (B40) negeri ini.
Oleh Sakini Mohd Said KUALA LUMPUR, 26 NOV: Tidak mustahil satu hari nanti kanabis, atau lebih dikenali sebagai ganja dalam kalangan masyarakat tempatan, menjadi antara tanaman yang mampu menjana ekonomi negara khususnya bagi industri perubatan, apabila kajian meluas tentang potensinya dapat...
KUALA SELANGOR, 26 NOV: Pemberian bot, enjin dan alat pengesan lokasi (GPS) ikan antara bantuan terbaharu Kerajaan Negeri bagi membantu nelayan meningkatkan hasil tangkapan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.
KUALA LUMPUR, 26 NOV: Sebanyak 95.9 peratus atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.
SUBANG, 26 NOV: Sirim Berhad dan Turkish Aerospace menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi membangunkan ekosistem industri aeroangkasa di Pameran Udara Selangor (SAS) 2021 semalam.
KUALA SELANGOR, 26 NOV: Inisiatif Kerajaan Negeri menyediakan peralatan canggih seperti alat pengesan lokasi ikan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan nelayan tradisi.
SUBANG, 26 NOV: Kerajaan Negeri meminta beberapa agensi termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menghantar laporan penuh kejadian banjir kilat di Ampang minggu hadapan.
KUALA LUMPUR, 26 NOV: Kes jenayah tahun lepas menurun 21.4 peratus kepada 65,623 berbanding 83,456 pada 2019, antaranya disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
KUALA LUMPUR, 26 NOV: Pemain skuasy wanita sensasi negara Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir untuk melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.
SHAH ALAM, 26 NOV: Belanjawan #Selangor2022 yang dijadual dibentang di Dewan Negeri Selangor hari ini menumpukan usaha mengembalikan kehebatan ekonomi yang terjejas susulan Covid-19.
SHAH ALAM, 24 NOV: Tindakan akan dikenakan kepada pengendali lebuh raya di negeri ini yang melanggar peraturan termasuk kegagalan mengurus hakisan dan lumpur.
SHAH ALAM, 24 NOV: Runtuhan tanah yang berlaku di Jalan Kampung Sungai Tekali, Hulu Langat dekat sini berpunca daripada pergerakan bawah tanah hingga menyebabkan terjadi hakisan serta paip pecah, kata pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.
PUTRAJAYA, 24 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 20 pusat pemindahan sementara (PPS) isolasi khusus untuk menempatkan pesakit Covid-19 yang menjadi mangsa banjir, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
KUALA LUMPUR, 24 NOV: Sebanyak 98.2 peratus atau 5,654 daripada keseluruhan 5,755 kes baharu Covid-19 dilapor hari ini adalah kategori satu dan dua, masing-masing tidak bergejala serta bergejala ringan.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.