Dato' Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari sedang membersihkan kawasan sekitar perumahan di Kampung Sri Jambu, Kajang pada 20 Julai 2020.
Orang ramai telah dibenarkan solat Jumaat mengikut kapasiti sebenar masjid serta perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) di Masjid At Taqwa Bukit Kapar, Klang pada 17 Julai 2020.
Petugas Media melakukan ujian saringan Covid-19 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 7 Julai 2020.
Atlet sukan olahraga lari jarak jauh Selangor melakukan sesi latihan bagi persiapan SUKMA di Stadium Kota Raja, Klang pada 4 Julai 2020.
Pekerja pembersihan sedang melakukan kerja-kerja memotong rumput di Gamuda Discovery Park, Dengkil pada 28 Jun 2020.
Orang awam dibenarkan mendaki dalam kumpulan yang kecil serta perlu mengikut SOP yang ditetapkan di Bukit Wawasan, Puchong pada 28 Jun 2020.
Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama ADN Kampung Tunku, Lim Yi Wei (kiri) menziarahi Datuk Ooi Eow Jin di Taman Sea, Petaling Jaya pada 27 Jun 2020.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Dato' Zul-kefli@Zulkefli Khalid membuat lawatan tapak sambil menunggang basikal di Taman Rekreasi Sungai Chua, Kajang pada 25 Jun 2020.
Pemakaian pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial diwajibkan kepada semua pelajar ketika berada di dalam kelas sebagai norma baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di SMK Jenjarom, Kuala Langat pada 24 Jun 2020.
Masyarakat Cina menyempurnakan upacara keagamaan di Tokong Kau Ong Yah, Ampang dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 23 Jun 2020.
Penyelaras Kebun Komuniti, Sukati Saleh sedang melakukan kerja - kerja pembersihan kebun komuniti di Surau Al - Husna, Shah Alam pada 23 Jun 2020.
Pekerja sedang melakukan proses membungkus aiskrim di Kilang Polar Ice Cream Sdn Bhd di Perindustrian Cheras Jaya, Balakong pada 22 Jun 2020.
Exco Kerajaan Negeri, Nge Sze Han (dua, kiri) bersama ADN Balakong, Wong Siew Ki (kanan) dan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming (kiri) membuat lawatan ke kilang Ligno Biotech Sdn Bhd di Perindustrian Balakong Jaya, Balakong pada 22 Jun 2020.
Orang awam dibenarkan solat Jumaat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan COVID-19 di Masjid Putra, Putrajaya pada 19 Jun 2020.Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Suasana pelanggan membeli barangan keperluan di Pasar Awam Sri Gombak, Gombak pada 19 Jun 2020.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menerima simbolik sumbangan Pakaian Pelindungan Diri (PPE) selepas melawat ke kilang Assembly Services Sdn Bhd bagi menijau pematuhan Tatacara Operasi Piawai (SOP) di Bukit Raja, Klang pada 18 Jun 2020.
Kanak - kanak asuhan membaca doa makan bersama guru dengan mematuhi Tatacara Operasi Piawai (SOP) jarak sosial di Pusat Jagaan Didik Cemerlang Jalan Kebun, Shah Alam pada 18 Jun 2020.
Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas Kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam.
Kumpulan The Chor's Buskers membuat persembahan 'Indoor Busking' di Avenue K, Kuala Lumpur pada 15 Jun 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila hampir kesemua sektor kembali beroperasi.
Orang ramai perlu mengekal jarak sosial dan menggunakan pelitup muka sebelum dibenarkan memasuki ke dalam permis di Kedai Barangan Kek, Bandar Baru Bangi pada 14 Jun 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.