Pengunjung mengikut Tatacara Operasi Piawai (SOP) memakai pelitup muka serta menjaga jarak sosial ketika membeli ayam bagi persiapan raya di Pasar tani @Khas Aidilfitri, Perkarangan Stadium Shah Alam pada 9 Mei 2021.
Pengunjung menikmati keunikan air pancuran berirama pelbagai warna ketika Program Jom Moreh, Sembang Sahur di Pancuran Air Muzikal Laman Budaya, Taman Tasik Shah Alam pada 24 April 2021.
Suasana peniaga dan pengunjung di bazar ramadan ketika tinjauan di Bazar Ramadan Taman Delima, Kajang pada 13 April 2021.Kerajaan membenarkan bazaar ramadan beroperasi pada tahun ini dengan mengikut Tatacara Operasi Piawai (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.
Ahli Jawatankuasa Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh awal Ramadhan di Balai Cerap Bukit Jugra, Banting, pada 12 April 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan analisa kepada sampel Covid-19 ketika program Ujian Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Seksyen 7, Bandar Baru Bangi pada 4 April 2021.
Kakitangan PKNS, menunjukkan kod QR Bazaarlokal selepas Majlis Perasmian Platform Beli-Belah Atas Talian Bazaarlokal dan Festival Ramadan Selangor 2021 (FESTIRA'21) di SACC Mall, Shah Alam pada 2 April 2021.
Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Isteri Datin Masdiana Muhamad (kanan) beramah mesra bersama peniaga dan mengedarkan kit cecair pembasmi kuman di Pasar Awam Banting, Kuala Langat pada 21 Mac 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian saringan Covid-19 ketika Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, Kuala Langat pada 20 Mac 2021.
Penguat kuasa, Pejabat Daerah dan Tanah Klang merobohkan premis yang dibina tanpa kebenaran atas tanah Kerajaan Negeri Selangor di Jalan Jeti, Pelabuhan Klang pada 11 Mac 2021.
Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama Penguat kuasa, Pejabat Daerah dan Tanah Klang membuat pemeriksaan sebelum membuat pemotongan bekalan elektrik di Jalan Jeti, Pelabuhan Klang pada 11 Mac 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan saringan Covid-19 ketika Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Serbaguna MPSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021.
Ketua Depot Bas Smart Selangor, Ruslina Kamaruddin, mengimbas aplikasi Scan To Ride sebelum menaiki bas smart Selangor ketika Majlis Pelancaran Aplikasi Scan To Ride di Menara Bank Simpanan Nasional, Shah Alam pada 1 Mac 2021.
Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari bercakap ketika sidang media selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 yang pertama di Selangor di Hospital Shah Alam pada 25 Februari 2021.
Pengguna transit aliran ringan (LRT) mengenakan topeng muka dan mematuhi jarak selamat satu meter ketika menaiki pengangkutan awam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 di Cheras pada 24 Februari 2021.
Petugas Kesihatan memotong gelang pesakit COVID-19 selepas melakukan penilaian terhadap mereka yang telah tamat tempoh kuarantin dan bebas dari simptom wabak berkenaan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam pada 22 Februari 2021.
Dato' Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari melawat kawasan kebun komuniti ketika Ziarah Kasih Menteri Besar di kawasan DUN Sungai Tua di Kampung Wira Damai, Batu Caves pada 21 Februari 2021.
Petugas Kesihatan Selcare merehatkan diri sambil menunggu orang ramai hadir ke program Saringan Komuniti di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan analisis sampel sebelum data di masukkan ke aplikasi Selangkah ketika program Saringan Komuniti di Dewan Melati, Shah Alam pada 20 Februari 2021.
Pengasuh, Adibah Nor Mokles, 32, melakukan aktiviti membaca bersama kanak-kanak di Taska Anak Petugas Barisan Hadapan di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam pada 18 Februari 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.