Penganut Hindu dilihat menaiki 272 anak tangga dan menjunjung belanga berisi susu bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves pada 18 Januari 2022.
Penganut Hindu memberi makanan kepada burung merpati ketika hadir ke kuil sempena perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves pada 18 Januari 2022.
Penganut Hindu memasak nasi manis sempena perayaan Ponggal atau pesta menuai di Kuil Devi Sri Maha Kaligambal Alayam, Klang pada 16 Januari 2022.
Mangsa banjir memilih pakaian percuma ajuran Lead Up Malaysia di Kuil Sri Maha Mariamman, Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 8 Januari 2022.
Sukarelawan sedang mengisi air bagi mencampurkan cecair pembasmi kuman Efektif Microbiologi (EM) kedalam botol ketika Program Pemulihan Pasca Banjir di Kampung Padang Jawa, Shah Alam pada 8 Januari 2022.
Pemandu Treler Gas LPG Petronas, Ahmadi Mohd Yusuf memeriksa Gas LPG ketika Serahan Sumbangan Banjir Gas LPG oleh Petronas di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 6 Januari 2022.
Jemaah yang hadir mengaminkan doa selesai bacaan Yassin ketika Program Selangor Memohon Kesejahteraan Dan Keberkatan Allah SWT Menjelang Tahun 2022 Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 31 Disembar 2021.
Sukarelawan daripada Daya Maju Infrastructure Asia Sdn Bhd Mohd Sabree Noor Alam Shah dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyembur air menggunakan lori tanker ketika melakukan kerja-kerja pembersihan lumpur ketika tinjauan pasca banjir di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Kuala Langat pada 31 Disember 2021.
Anggota Polis dari Ibu Pejabat Daerah Gombak meninjau lokasi tanah runtuh di Apartmen Teratai, Bandar Baru Selayang pada 30 Disember 2021.
Ahli Team Selangor bergotong royong membersihkan kawasan yang dilanda banjir pada program pembersihan Team Selangor dengan kerjasama Pekawanis serta Puspanita Shah Alam di Kampung Lombong, Shah Alam pada 26 Disember 2021.
Sukarelawan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bergotong - royong membantu membersihkan papan reha masjid di Masjid Ar Rahmah, Kampung RTB Bukit Changgang, Kuala Langat pada 26 Disember 2021.
Sukarelawan Majlis Perbandaran Hulu Selangor turut serta bergotong royong membersihkan kawasan Masjid Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada 25 Disember 2021.
Penduduk, terjejas banjir membawa barangan sumbangan yang di sampaikan oleh Dato' Menteri Besar Selangor ketika hadir menijau kedaaan selepas banjir di Taman Sentosa, Klang pada 25 Disember 2021.
Penduduk, meredah tanah lumpur dan melalui timbunan barangan rumah mereka yang telah rosak selepas dilanda banjir ketika tinjauan Media Selangor di Taman Sri Nanding, Hulu Langat pada 21 Disember 2021.
Penduduk merakam keadaan kawasan yang terjejas akibat banjir yang mengakibat kerosakan harta benda ketika tinjauan Media Selangor di Sungai Lui, Hulu Langat pada 21 Disember 2021.
Pengerusi Surau Taman Desa Pelangi Ros Asmawi Ismail(tiga kanan) mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Kajang pada 19 Disember 2021.
Sukarelawan Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor membantu penghuni persatuan tersebut pada majlis penyerahan Program Kebajikan Lestari Selangor di Bandar Mahkota, Banting pada 16 Disember 2021.
Kumpulan koir, Full Gospel Tabernacle membuat persembahan nyanyian ketika Majlis Sambutan Krismas Peringkat Negeri Selangor di Dewan Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 14 Disember 2021.
Pengujung tidak melepaskan peluang berswafoto bersama Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheik Muszaphar Shukor Sheik Mustapha (kanan) ketika Majlis menandatangani buku penulisannya sempena Pesta Buku Selangor 2021 di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) pada 5 Disember 2021.
Adik Syed Aqil Zaim Syed Jamaludin, 6, ceria dan bersemangat pada Program Berkhatan Perdana 2021 DUN Seri Setia di Hotel Tabung Haji (TH), Petaling Jaya pada 5 Disember 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.