Artis, Jayjay membuat persembahan nyanyian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor Peringkat Daerah Petaling di Padang Awam MBSJ, Subang Jaya pada 21 Mei 2022.
Artis Budaya MBPJ membuat persembahan tarian pada majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor Peringkat Daerah Petaling di Padang Awam MBSJ, Subang Jaya pada 21 Mei 2022.
Peserta mengisi borang permohan pekerjaan sebelum di temu duga ketika program Jelajah JobCare di Dewan Utama Demesne, Hulu Langat pada 21 Mei 2022.
Peserta menghadiri temu duga ketika program Jelajah JobCare di Dewan Utama Demesne, Hulu Langat pada 21 Mei 2022.
Orang ramai hadir dalam majlis sambutan Aidilfitri PJ@Raya di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dataran Boulevard, Petaling Jaya pada 20 Mei 2022.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Dato' Amirul Azizan Abdul Rahim menghiburkan tetamu dengan dalam Majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat di perkarangan Stadium Jugra, Banting pada 19 Mei 2022.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berswafoto dengan orang ramai yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Negeri Selangor Peringkat Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, Kajang pada 17 Mei 2022.
Skuad Piala Presiden UiTM FC ketika sesi latihan pasukan bola sepak tersebut di Padang Bola UiTM, Shah Alam pada 17 Mei 2022.
Zalizan Marsid, 53, melapah kambing bakar untuk diberikan sebagai hidangan kepada para tetamu di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Melawati, Kuala Selangor pada 15 Mei 2022.
Pengemudi dron semburan racun RNB Global Resources, Mohd Nor Iqbal Mohd Rafee, sedang mengemudi dron bagi menyembur racun pada sawah padi ketika tinjauan Media Selangor di Seckinchan, Sabak Bernam pada 11 Mei 2022.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei (kanan) bersama Pengerusi Kumpool, Goh Chun Hean (kiri) menunjukkan aplikasi Kompool selepas Sidang Media Kerjasama Kumpool dan DUN Kampung Tunku di Restoran Station 8, Petaling Jaya pada 9 Mei 2022.
Orang ramai melihat pameran Puchong Dance Network (PDN) ketika Puchong 2022 Community Art Fsetival di Taman Wawasan, Subang Jaya pada 8 Mei 2022.
Line Dance Group Puchong membuat persembahan tarian ketika Puchong 2022 Community Art Fsetival di Taman Wawasan, Subang jaya pada 8 Mei 2022.
Penyokong Keadilan mengangkat plakad #KITASEMUAKEADILAN ketika Majlis Pelancaran Gagasan #KITASEMUAKEADILAN di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 7 Mei 2022.
Misran Satrawi menyusun lemang yang telah siap dibakar untuk dijual kepada pelanggan di Bandar Damai Perdana, Kajang pada 6 Mei 2022.
Keadaan aliran trafik menghala ke ibu kota sesak selepas Plaza Tol Gombak berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan warga kota mula pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri di Gombak pada 6 Mei 2022.
Sempena Aidilfitri mereka yang kehilangan orang tersayang menziarahi pusara di Tanah Perkuburan Bandar Tun Hussein Onn, Kajang pada 3 Syawal.
Mohd Sapawi Abdul Rani, 68, dan isteri Norhayati Kassim, 67, menyambut kepulangan anak, menantu dan cucu yang pulang berhari raya pada 3 Syawal di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang Rozana Zainal Abidin berswafoto bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kasim (dua, kiri) dalam Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 3 Mei 2022.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Mohd Sazili Shahibi (tengah) menyantuni pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kolej-kolej Kediaman di UiTM Shah Alam pada 2 Mei 2022.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.