Chow Hoong Fai (kiri) memberi penerangan kepada pengunjung mengenai Pameran Kampung Baru Pandamaran di Rumah Papan, Pandamaran, Klang pada 30 Jun 2022.
Penyayi, Liza Hanim menghiburkan tetamu ketika Majlis pra pelancaran Selbiz Expo 2022 di Ibu Pejabat PKNS Seksyen 14, Shah Alam pada 27 Januari 2022.
Artis kebudayaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuat persembahan pada program Merangsang Ekonomi Mensejahtera Komuniti Petaling Jaya di Laman MBPJ pada 26 Jun 2022.
Badut, Zaim Ramli menghiburkan dan memberi belon kepada kanak - kanak ketika Jelajah Selangor Penyayang 2022 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022.
Kanak - kanak dari pelbagai tabika mengambil bahagian dalam sukaneka sempena Jelajah Selangor Penyayang 2022 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022.
Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia Book of Records (MBOR) Jwan Heah (lima, kanan) menyampaikan sijil MBOR kepada Datuk Bandar Subang Jaya Dato' Johary Anuar (enam, kiri) bagi sistem pengurusan kualiti berasaskan syariah di ibu pejabat Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 20 Jun 2022.
Kumpulan Tarian Bahari Kesuma Seri Tari, SMK Seri Keramat Gombak melakukan persembahan tarian tradisional ketika ketika Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022.
Peserta membuat pemeriksaan mata ketika program Selangor Saring DUN Sungai Ramal di Dewan Komuniti Seksyen 4, Hulu Langat pada 18 Jun 2022.
Kumpulan muzik The Sibling, melakukan persembahan ketika Majlis Pelancaran Selangor Public Health Advisory Council (Selphac) dan Apresiasi Petugas Barisan Hadapan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 7 Jun 2022.
Orang ramai memenuhi ruang Pavilion Selangor pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 5 Jun 2022.
Artis Majlis Kebudayaan Negeri Selangor membuat persembahan dalam Majlis Apresiasi Kampung Tradisi di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 4 Jun 2022.
Orang ramai tidak melepaskan peluang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 4 Jun 2022.
Pengunjung melintasi gerai pameran yang menyertai program membeli di pasaraya Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2022 di Lulu Hypermarket Setia City Mall, Shah Alam pada 31 Mei 2022.
Ibu kepada Arwah pemain pasukan Selangor FC, Muhammad Husni Idrus, Apridah Mohd Arusman (kiri) bersama Anak sulungnya Mohammad Hidayat Idrus (kanan) menunjukkan gambar kenangan arwah ketika dikediaman mereka di Kampung Sungai Kertas, Gombak pada 31 Mei 2022.
Ksaito Har Padil, 32, memakaikan topi keledar anaknya, Mikael Keno I La Harza, 6, sebelum bermulanya kejohanan basikal tolak dalam program Smart Cycling Fest 2022 dan perasmian kempen Smart Cycling di Stadium Shah Alam pada 29 Mei 2022.
Beberapa pelumba licik beraksi ketika menyertai kejohanan basikal tolak dalam program Smart Cycling Fest 2022 dan perasmian kempen Smart Cycling di Stadium Shah Alam pada 29 Mei 2022.
Petugas kesihatan mengambil darah peserta progam Selangor Saring di Hotel Grand Sabak, Sabak Bernam pada 28 Mei 2022.
Peniaga, Leo Chen Lun, 39 sedang menyusun buah naga digerainya ketika program Jelajah Agro Selangor yang bermula dari 26 sehingga 29 di Central i-City, Shah Alam pada 27 Mei 2022.
Pengurus Projek IOI Propeties, Chung Nyuk Kiong memberi penerangan berkaitan laluan pertukaran ketika sidang media selepas perasmian pembukaan laluan pertukaran Bandar Rio di Bandar Puteri Puchong, Subang Jaya pada 27 Mei 2022.
Orang ramai menikmati juadah pada majlis Rumah Terbuka DUN Kota Anggerik di Dewan Konvensyen MBSA pada 22 Mei 2022.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.