KUALA LUMPUR, 28 DIS: Situasi banjir di Sarawak dan Perak pulih sepenuhnya manakala keadaan di Sabah serta Terengganu tidak berubah sementara jumlah mangsa di Kelantan semakin berkurang setakat petang ini.
SHAH ALAM, 28 DIS: Kalendar Akademik penggal 3 bagi sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Januari bagi sekolah dalam Kumpulan A, kata Menteri Pendidikan.
SHAH ALAM, 28 DIS: Yayasan Selangor membuka permohonan pengambilan pelajar tingkatan satu di bawah program Rancangan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 3 Januari ini.
JOHOR BAHRU, 28 DIS: Ibu kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, dilihat terduduk dan menangis ketika melihat jenazah anaknya itu buat kali terakhir.
SHAH ALAM, 28 DIS: Dua pemandu dan seorang penumpang kereta cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran jejambat Taman Megah, Petaling Jaya hari ini, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 28 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) membuka permit bazar Ramadan secara dalam talian dari 5 hingga 19 Januari ini. MPKS memaklumkan permohonan boleh dibuat mulai 12 tengah hari melalui https://ip3ks.mpks.gov.my/. Sebanyak 14 lokasi disediakan...
SHAH ALAM, 28 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengeluarkan 162 kompaun dan 18 notis kepada pengusaha premis makanan atas pelbagai kesalahan dari Mei hingga Oktober lalu.
SHAH ALAM, 27 DIS: Rakyat Selangor diseru mengambil peluang memanfaatkan tiga kelebihan dalam program Selangor Mental Sihat (Sehat).
Oleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM, 27 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kotak makanan kering yang keseluruhannya bernilai RM218,880 kepada 1,199 keluarga masyarakat Orang Asli. Timbalan Setiausaha (Operasi) Mais Nurhani Salwa Jamaluddin berkata sumbangan diberikan kepada masyarakat...
BANGI, 27 DIS: Siasatan polis berhubung tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember yang mengorbankan 31 nyawa kini telah hampir 90 peratus lengkap, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.
Oleh FAIZAL NAZARUDDIN SHAH ALAM, 27 DIS: Program R.E.A.D anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan diadakan secara dalam talian pada 6 Januari depan. Program dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak Puncak Perdana (PTARPP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu mengupas...
SHAH ALAM, 27 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengajak orang ramai berinfaq melalui perkhidmatan potongan gaji.
SHAH ALAM, 27 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda satu dua tempat petang ini melibatkan Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.
OLEH AZIAN AZIZ SHAH ALAM, 27 DIS: Bagi mengatasi masalah banjir kilat di Taman Eng Ann, Bandar Baru Klang dan kawasan sekitar, satu projek tebatan banjir dilaksanakan dengan menjadikan sebuah padang permainan sebagai kolam tadahan banjir sementara membabitkan kos kira-kira...
Oleh INTAN SYUHADA AKHIR Langkah menyertai pertandingan nyanyian Vokal Mania pada 2020 dan Big Stage pada 2022 membawa tuah kepada penyanyi Aisha Retno. Satu demi satu kejayaan dilakar pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam selepas menang tempat ketiga Big Stage yang...
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 25 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) bersiap siaga menghadapi air pasang besar dengan menggerakkan Skuad Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) bagi memantau fenomena terbabit. Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan operasi mulai jam 6 sehingga 9 pagi...
KUALA LUMPUR, 25 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan penutupan selama 14 hari dan enam notis kompaun terhadap sebuah kedai makan di Pandan Indah, di sini susulan tular video memaparkan tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di premis berkenaan.
Kedudukan masjid, gereja dan kuil yang terletak bersebelahan di Bukit Rotan, Kuala Selangor harmoni hasil warisan kerjasama erat.
SANDAKAN, 25 DIS: Lebih 100 rumah atas air roboh manakala sekurang-kurangnya 500 rumah terancam akibat hujan berterusan dan fenomena air pasang tengah malam tadi di Kampung Forest di sini.
OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR SHAH ALAM, 25 DIS: Permohonan Geran Rumah Perlindungan di bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS) dibuka sehingga 31 Disember ini. EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata geran berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu serta menambahbaik rumah...
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.