SHAH ALAM, 16 JAN: Projek turapan jalan raya membabitkan peruntukan RM50 juta tahun ini akan bermula dalam masa terdekat melibatkan penyelenggaraan serta pelebaran jalan di bawah kelolaan negeri, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 16 JAN: Peluang buat masyarakat khususnya peniaga di Sungai Besar, Sabak Bernam apabila permit perniagaan Ekspo Raya Aidilfitri 2023 dibuka mulai 24 Januari ini.
SHAH ALAM, 16 JAN: Sebanyak RM222,600 diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah insentif Selangor Mental Sihat (Sehat) untuk rawatan berkaitan kesihatan mental rakyat negeri ini.
GEORGE TOWN, 16 JAN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan suami isteri bersama seorang lelaki dan merampas 451 kilogram ganja bernilai RM1.13 juta dalam dua serbuan di Penaga, Kepala Batas dekat sini 13 Januari lepas.
SHAH ALAM, 16 JAN: Perkhidmatan meminjam buku melalui BooksFly2U masih dijalankan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
PUTRAJAYA, 16 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri dan warga perkhidmatan awam tidak mengamalkan budaya selesa sebaliknya bertekad untuk terus melaksanakan perubahan dalam pentadbiran negara.
GOMBAK, 16 JAN: Kebuntuan seorang ibu mencari wang bagi membeli pam infusi untuk merawat anaknya yang menghidap talasemia berakhir apabila menerima bantuan Kerajaan Selangor.
GUA MUSANG, 16 JAN: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang lelaki Orang Asli yang pengsan akibat diserang demam panas dari Pos Balar di sini untuk mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang, semalam.
Oleh SHAMZ JOHAN SHAH ALAM, 16 JAN: Inisiatif dan usaha guru bersama ibu bapa berhasil apabila pasukan KIDaS Al-Hidayah muncul juara bawah 12 tahun pada Kejohanan Piala Budak Kampung 2023 Daerah Petaling di sini semalam. Jurulatih merangkap guru Mohd Amirul Asraf Nasarudin, 33, berkata...
SUBANG JAYA, 16 JAN: Sebagai menghargai komitmen yang diberikan, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) meraikan 24 majlis perwakilan penduduk (MPP) di kawasan pentadbirannya pada majlis MBSJ Vibrant Community Awards 2022 malam tadi.
SHAH ALAM, 16 JAN: Seramai 53 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumpul wang tunai RM5,300 dan barang keperluan sekolah melalui program amal untuk disumbangkan kepada Rumah Penyayang Iman, Setapak, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
SHAH ALAM, 16 JAN: Seramai 477 pengunjung terawal program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima t-shirt percuma daripada pihak berkuasa tempatan itu semalam.
SUBANG JAYA, 16 JAN: Selangor rancang menjadi bandar metropolitan dalam tempoh sekurang-kurangnya enam ke tujuh tahun akan datang, kata Dato' Menteri Besar.
SHAH ALAM, 13 JAN: Laporan siasatan kes kebakaran di Wisma Jakel di Seksyen 7, di sini dijangka siap selewat-lewatnya hujung bulan ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor.
NIBONG TEBAL, 13 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berharap dapat memulihkan 17 sekolah di seluruh Malaysia yang tergolong dalam kategori projek 'sakit' sekurang-kurangnya menjelang akhir tahun ini.
Oleh DIANA ABD WAHAB PUCHONG, 13 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan usaha memperkasa pendidikan kanak-kanak asnaf dan miskin bandar menerusi pembukaan pusat inovasi dan pembelajaran Al-Biruni ketiga di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, di sini hari ini. Kerjasama bersama Etiqa...
TUMPAT, 13 JAN: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menaik taraf 350 menara telekomunikasi di kawasan yang terjejas banjir di seluruh negara, sejak 2014.
KUALA LUMPUR, 13 JAN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertekad untuk merobohkan dan membersihkan sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan haram di seluruh negara dalam tempoh 100 hari pertama kerajaan perpaduan berkuasa.
SHAH ALAM, 13 JAN: Kejayaan Tan Sri Michelle Yeoh meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi Anugerah Golden Globe boleh menjadi inspirasi buat budayawan dan seniman tempatan, kata perdana menteri.
BERLIN, 13 JAN: Badan induk bola sepak FIFA pada Khamis mengumumkan calon senarai pendek untuk “The Best” 2022, termasuk kapten Argentina yang juga juara Piala Dunia Qatar Lionel Messi sebagai calon pilihan untuk memenangi anugerah kategori lelaki.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.