PUTRAJAYA, 19 JAN: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan wang peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang dilarikan penjenayah dalam satu kejadian di pekan Semenyih, Isnin lalu, akan diganti dan diagihkan kepada murid sebelum sesi persekolahan bermula Mac ini.