HATAY (Turkiye), 8 FEB: Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Türkiye pada Isnin meningkat kepada 5,894, menurut Naib Presiden Fuat Oktay pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Turkiye adalah pasukan berpengalaman dan mempunyai keupayaan yang memenuhi piawaian antarabangsa.
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan Penasihat Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican untuk mengetuai badan penasihat khas kepada Menteri Kewangan.
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Bilangan mangsa banjir di Pahang terus meningkat manakala Johor semakin berkurangan sementara Kedah dan Terengganu kekal setakat petang ini.
PUTRAJAYA, 7 FEB: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Syria terjejas akibat gempa bumi, berdasarkan laporan yang diterima daripada konsul jeneral kehormat di negara itu.
JOHOR BAHRU, 7 FEB: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang kakitangan makmal perubatan bagi membantu siasatan, kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM20,000, sejak 2018.
KUALA LUMPUR, 7 FEB: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi membuktikan masih memiliki kepantasan apabila berjaya merangkul emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia, semalam.
SHAH ALAM, 7 FEB: Seawal 7.30 pagi lagi lebih 200 pengunjung sudah beratur untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan pada harga murah di Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, hari ini.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 7 FEB: Program jualan murah anjuran Kerajaan Negeri yang menawarkan barangan asas murah berbanding harga pasaran diteruskan lagi di sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok. Jelajah Ehsan Rakyat (JER) dikendalikan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor...
SHAH ALAM, 7 FEB: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menerima hampir 100 permohonan baharu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) setiap hari.
SHAH ALAM, 7 FEB: Tidak terkira berapa kali suri rumah Suzana Hashim, 42, mengunjungi program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) sejak dua tahun lalu.
SHAH ALAM, 7 FEB: Empat keluarga yang ditimpa musibah selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Taman Seri Belimbing, Kuala Selangor kelmarin mendapat perhatian Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang.
SHAH ALAM, 7 FEB: Muzium Permainan Tradisional di Kuala Selangor akan dibuka 14 Februari ini sekali gus membolehkan pengunjung terutama generasi muda mengenali dan menjiwai permainan tradisional.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 6 FEB: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan memasak anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ahad ini. Pertandingan bertemakan nasi ambeng itu menawarkan hadiah wang tunai RM500 untuk juara diikuti naib johan (RM300), ketiga (RM200) dan saguhati...
PUTRAJAYA, 6 FEB: Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline akan dibuka bermula esok hingga 28 Mac depan bagi permohonan Fasa Pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi Fasa Kedua.
[video width="640" height="640" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/02/WhatsApp-Video-2023-02-06-at-3.31.14-PM.mp4"][/video] SHAH ALAM, 6 FEB: Penduduk di negeri ini boleh memohon skim air percuma 20 meter padu sebulan menerusi Skim Air Darul Ehsan (SADE) hari ini. Pengurusan...
PUTRAJAYA, 6 FEB: Tiada laporan mengenai rakyat Malaysia terlibat dalam gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye awal Isnin setakat ini.
ISTANBUL, 6 FEB: Sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pagi Isnin, lapor Agensi Anadolu.
KUANTAN, 6 FEB: Hasrat wanita menambah pendapatan menerusi kerja sambilan tidak kesampaian apabila terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian sehingga mendakwa dirinya kerugian RM53,875.
HULU LANGAT, 6 FEB: Program hebahan terus dipergiat bagi memastikan lebih ramai penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menikmati manfaat perlindungan insurans percuma.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.