KUALA LUMPUR, 4 MAC: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor hingga esok.
Oleh AZIAN AZIZ AMPANG JAYA, 4 MAC: Sebanyak 12 pangsapuri kos rendah dan sederhana akan dipilih untuk dinaik taraf kemudahan melalui Projek Fizikal Bandar Berdaya Huni (SDGs11) Negeri Selangor tahun ini. EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail berkata pemilihan pangsapuri akan...
SHAH ALAM, 4 MAC: Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang menghantar pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan, minuman, kit kebersihan, pakaian dan lampin pakai buang untuk mangsa banjir di Johor hari ini.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Bacaan hujan yang direkodkan di stesen Air Panas, Segamat, Johor dalam tempoh bermula 28 Februari hingga semalam sebanyak 731 milimeter (mm), adalah tertinggi pernah dicerap jika dibandingkan dengan rekod hujan bulanan tertinggi pada Disember 1991 dan Disember 2006.
HULU LANGAT, 4 MAC: Hampir 50,000 pelajar tingkatan empat dan lima menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
SHAH ALAM, 4 MAC: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melakukan lawatan ke galeri dan kilang pengeluaran produk piuter tersohor, Royal Selangor di Setapak, Kuala Lumpur baru-baru ini.
SHAH ALAM, 4 MAC: Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjangkakan pulangan yang lebih optimum bagi simpanan syariah jika aset simpanan syariah diasingkan sepenuhnya daripada aset simpanan konvensional.
HULU LANGAT, 4 MAC: Penerima manfaat program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) menganggap bantuan Kerajaan Negeri itu sebagai talian hayat meneruskan perniagaan pasca pandemik.
BATU PAHAT, 4 MAC: Lebih 300 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sejati dekat Kampung Parit Warijo, Sri Medan di sini, terpaksa dipindahkan selepas PPS berkenaan turut dinaiki air, hari ini.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat petang ini dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
SHAH ALAM, 4 MAC: Pelantikan Profesor Datuk Dr Noor Inayah Yaakub sebagai nazir wanita pertama di Selangor merupakan sejarah buat negeri itu, kata Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati.
KUALA LUMPUR, 4 MAC: Polis menumpaskan satu sindiket membangunkan dan menyelenggara laman web dan aplikasi perjudian dengan penahanan 39 anggota sindiket itu di sekitar ibu kota pada 28 Februari lalu.
MUAR, 4 MAC: Kerajaan akan menyalurkan segera pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika Monsun Timur Laut atau bencana banjir, selepas mendapat maklumat lengkap disediakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah.
KUALA LUMPUR, 2 MAC: Jumlah mangsa banjir melibatkan lima negeri terus meningkat petang ini dengan 29,091 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.
KUANTAN, 2 MAC: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur, Pekan dekat sini semalam, ditemukan lemas hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 MAC: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak akan mengekang kebebasan pengamal media di negara ini untuk melaporkan berita.
SHAH ALAM, 2 MAC: Ketua Unit Parlimen dan Kawalan Pemantauan Kementerian Kewangan, Adi Faizal Ahmad Tarmizi dilantik Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkuat kuasa semalam.
MUKAH, 2 MAC: Berang selepas mengesyaki ahli keluarga melaporkan penglibatannya dalam aktiviti dadah, seorang lelaki bertindak membakar rumah keluarganya di Skim Penempatan Semula Kampung Sungai Alo di sini malam tadi.
Oleh DIANA ABD WAHAB SHAH ALAM, 2 MAC: Tempoh permohonan Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar yang dibuka sejak 26 Januari lalu dilanjutkan sehingga 14 Mac ini. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor memaklumkan lanjutan tempoh permohonan itu turut membabitkan Pinjaman Boleh Ubah Luar...
KUALA LUMPUR, 2 MAC: Sebanyak 27,467 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri terkesan banjir iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka, setakat pagi ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.