GUA MUSANG, 14 OKT: Pengumuman kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang menanggung kerugian akibat terlibat dengan konflik hidupan liar memberi kelegaan kepada mereka yang terkesan khususnya di daerah ini.
KUALA SELANGOR, 14 OKT: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat latihan teknikal profesional SRC Global Sdn Bhd.
KANGAR, 14 OKT: Kementerian Pendidikan (KPM) yang mendapat peruntukan terbesar menerusi Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, komited untuk memastikan agenda dalam belanjawan itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
SHAH ALAM, 12 OKT: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan 2,856 pekebun kecil akan terlibat dalam penerokaan 8,492 hektar ladang getah tidak bertoreh di Selangor menerusi kempen Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) di negeri itu.
JASIN, 12 OKT: Suruhanjaya Tenaga (ST) merekodkan 32 kes kemalangan elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 September lalu dengan 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.
SHAH ALAM, 12 OKT: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat mencapai 64.6 peratus setakat 6 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah di Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.
GEORGE TOWN, 12 OKT: Semua jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sensitif kerana mana-mana sahaja anggota polis boleh menyalah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
SHAH ALAM, 12 OKT: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas susulan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat mencapai 61.4 peratus setakat 3 petang tadi.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur menggagalkan cubaan menyeludup masuk ayam sejuk beku, minuman keras dan rokok membabitkan cukai berjumlah RM4,621,430.
KUANTAN, 12 OKT: Guru wanita berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM190,000 lesap akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon Ogos lalu.
KUALA LUMPUR, 12 OKT: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan padang baharu Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, sehari sebelum sepak mula pertandingan ikonik Pestabola Merdeka 2023.
SHAH ALAM, 12 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa orang ramai hadir ke program hari bertemu pelanggan Sabtu ini.
SHAH ALAM, 12 OKT: Pemilik premis perniagaan dan penjaja sekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) boleh mula memohon lesen 2024 bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara dari 22 September hingga 5 Oktober lalu.
GEORGETOWN, 11 OKT: Lelaki tempatan parah selepas ditikam dalam insiden pergaduhan dipercayai berpunca masalah hutang di sebuah pasar di Lebuh Cecil di sini hari ini.
KUALA LUMPUR, 11 OKT: Remaja lelaki kerugian RM283,000 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam talian yang menyamar anggota polis pada 30 September lalu.
KLANG, 11 OKT: Sebanyak 97 kawasan di negeri ini dikenal pasti sebagai lokasi kerap (hotspot) banjir susulan fenomena peralihan Monsun Timur Laut ketika ini.
GAZA, 11 OKT: Jet Israel membedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan perkhidmatan penyelamat pada Rabu.
PUTRAJAYA, 11 OKT: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan Israel ke atas Gaza, Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam termasuk kanak-kanak, kata Menterinya Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.