PETALING JAYA, 26 OKT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membatalkan lesen perniagaan peniaga atau pemilik premis yang didapati mengecat petak parkir tanpa kebenaran.
SHAH ALAM, 25 OKT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi esok bermula 10 pagi.
CYBERJAYA, 25 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan jabatan kerajaan untuk tidak melayan atau memulangkan sahaja mana-mana surat yang menggunakan selain bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.
KUALA TERENGGANU, 25 OKT: Budak perempuan berusia 16 bulan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.
SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabak Bernam serta Hulu Selangor hingga 4 petang.
ALOR GAJAH, 25 OKT: Pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (Plus) arah utara di sini hari ini.
RAMALLAH, 25 OKT: Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Palestin sejak 7 Oktober lalu.
SHAH ALAM, 25 OKT: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melalui cawangan penguatkuasaan farmasi (CPF) merampas vaksin tifoid tidak berdaftar bernilai lebih RM56,000 sejak 2021 hingga kini.
KUALA LUMPUR, 25 OKT: Penurunan berterusan indeks harga pengguna serta langkah mengurangkan air tidak terhasil antara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya meraih gelaran Jelajah Dunia pertama mereka apabila menjuarai Terbuka Denmark 2023 malam ini di Jyske Bank Arena, Odense.
KUANTAN, 22 OKT: Pengurus besar di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerugian RM106,253 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam, Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Seramai 10 usahawan e-dagang dari Selangor terpilih ke Taiwan selepas berjaya melepasi ujian saringan program Pemecut Selangor 2023 (SAP23).
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Lebih banyak promosi istimewa ditawarkan kepada pengunjung pada hari terakhir Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 hari ini.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Kerajaan Selangor memanfaatkan inovasi tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan produk luar negara.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi yang sedang berlaku di Gaza.
PETALING JAYA, 22 OKT: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membangunkan satu pelan tindakan kesihatan mental untuk kanak-kanak dan remaja, bagi mengatasi peningkatan kes kesihatan mental melibatkan golongan itu.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) yang berlangsung sejak 19 Oktober melabuhkan tirai hari ini dengan menarik penyertaan kira-kira 50,000 pengunjung termasuk luar negara.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Dataran Merdeka di sini menjadi saksi solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Penjawat awam negeri ini perlu mengambil peluang mencipta inovasi supaya dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
KUALA LUMPUR, 22 OKT: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia selangkah untuk melakar kejuaraan kedua musim ini apabila mara ke final Terbuka Denmark 2023 di Odense, pada Sabtu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.