KUANTAN, 15 DIS: Remaja berusia 14 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai hilang ketika mandi di tali air di perkampungan Indera Sempurna di sini hari ini.
PUTRAJAYA, 15 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 5,041 kompaun bernilai RM1.25 juta sepanjang November lalu atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
KUALA LIPIS, 15 DIS: Koperal Mohd Azman Mat Yaacob berasa tidak sedap hati selepas melihat lokasi masa sebenar (live location) yang dikongsikan isterinya Nor Faizah Ridzuan menerusi aplikasi WhatsApp tidak bergerak walaupun beberapa kali memeriksa telefon pintarnya.
KUALA LUMPUR, 15 DIS: Penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu dan bapanya yang mayat mereka ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai rumah dipercayai akibat ditikam berkali-kali.
ISTANBUL, 15 DIS: Sekurang-kurangnya 85 atlet Palestin terbunuh dalam serangan tentera penceroboh Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat antara 7 Oktober hingga 6 Disember lalu.
KUALA LUMPUR, 14 DIS: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Selangor meningkat malam ini, susulan hujan lebat berterusan.
JOHOR BAHRU, 14 DIS: Wanita warga emas dan seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta dipandu mereka akibat banjir kilat yang berlaku di hadapan stesen minyak di Taman Molek, petang tadi.
SHAH ALAM, 14 DIS: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan RM50,000 wakaf fisabilillah kepada Persatuan Kanser KanWork.
WASHINGTON, 14 DIS: Selepas majoriti negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi memihak kepada gencatan senjata kemanusiaan segera di Semenanjung Gaza pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA), seorang pegawainya menegaskan bahawa resolusi itu mesti dilaksanakan.
SHAH ALAM, 14 DIS: Lencongan trafik sementara bagi laluan motosikal ke laluan kecemasan utama di Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan dilaksanakan secara berperingkat di kedua-dua arah bermula hari ini hingga 15 Januari 2024.
KUALA LUMPUR, 14 DIS: Sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin, Pos Malaysia hari ini melancarkan set setem khas “Palestin Merdeka” yang akan berada di pasaran bermula 18 Januari tahun depan.
GENEVA, 14 DIS: Penduduk Gaza kesuntukan masa dan pilihan ketika mereka terus berdepan dengan pengeboman tentera Israel, kehilangan insan tersayang dan diancam wabak penyakit, kata Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini.
SHAH ALAM, 14 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan meneliti beberapa perkara yang perlu ditambah baik bagi melonjakkan semula pencapaian peratus kelulusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada masa akan datang.
SHAH ALAM, 14 DIS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan berlangsung di enam cawangan pasar raya Segi Fresh hujung minggu ini.
SHAH ALAM, 14 DIS: Remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan lemas di tasik berhampiran Jalan SP3 Bandar Saujana Putra tengah hari tadi.
IPOH, 13 DIS: Seramai 31 individu termasuk 21 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Disember.
KUANTAN, 13 DIS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan lemas di sungai berhampiran kawasan Perumahan Banjir Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Rompin hari ini.
KUALA LUMPUR, 13 DIS: Sebanyak 12,757 kes Covid-19 dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi ke-49 (ME 49/2023) iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 Disember, berbanding 6,796 kes yang direkodkan minggu sebelumnya.
Berikut Sembah Ucapan Taat Setia Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dalam Istiadat Penganugerahan/Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-78 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2023.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.