SHAH ALAM, 31 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda hampir seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 5 petang ini.
KUALA TERENGGANU, 31 DIS: Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu bermula 23 Disember lalu kini pulih sepenuhnya.
ISTANBUL, 31 DIS: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Sabtu mengulangi amaran bahawa orang awam di Gaza sedang bergelut dengan kelaparan dahsyat dan hampir separuh daripada penduduknya berdepan risiko kebuluran, lapor Agensi Anadolu.
SEPANG, 31 DIS: Barangan kering jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menjadi pilihan pengguna sepanjang program Jualan Ehsan Rahmah (JER).
SHAH ALAM, 31 DIS: Wakil rakyat serta pimpinan politik diminta lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan mewakili parti terutama berkait Perlembagaan.
JOHOR BAHRU, 31 DIS: Kerani wanita terpaksa berputih mata apabila wang miliknya berjumlah lebih RM1.08 juta lesap akibat diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis.
SEPANG, 31 DIS: Inisiatif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) membuat hebahan lokasi terkini program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di platform media sosial membantu pembeli mendapatkan maklumat terkini penganjurannya.
JELI, 31 DIS: Sebanyak 20 kes Covid-19 dikesan melibatkan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Terengganu dari 22 Disember lalu hingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KUALA LUMPUR, 25 DIS: Situasi banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk dengan pertambahan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) malam ini berbanding pagi tadi.
SHAH ALAM, 25 DIS: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di tiga lokasi esok, bermula jam 10 pagi.
IPOH, 25 DIS: Seniman Diraja Datuk Lat atau nama sebenarnya Mohd Nor Khalid menerima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize pada majlis Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize Ke-3 di Guangzhou, China, Jumaat lalu.
KOTA BHARU, 25 DIS: Polis menahan 201 individu dan merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM1.5 juta menerusi Op Tapis Bersepadu di negeri ini dari 21 hingga 24 Disember lalu.
SHAH ALAM, 25 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah mengeluarkan kebenaran bagi kerja perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu, kata Dato’ Menteri Besar.
KUALA LUMPUR, 25 DIS: Polis menahan lima lagi individu semalam bagi membantu siasatan kes lelaki maut ketika bergaduh dengan abang teman wanitanya, di Sungai Choh, Rawang, Selangor Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR, 25 DIS: Aliran trafik tinggi di lebuh raya utama setakat 5 petang ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan susulan orang ramai memanfaatkan cuti panjang sempena Krismas dan cuti sekolah untuk berjalan-jalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.
KUALA TERENGGANU, 25 DIS: Sebanyak 10 sungai di lima daerah di Terengganu melepasi paras bahaya setakat 3.15 petang ini susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.
KOTA TINGGI, 25 DIS: Sebanyak 171 lelaki warga Bangladesh yang berjalan kaki beramai-ramai di kawasan Bayu Damai, Teluk Ramunia di sini, hingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk tempatan, pada Rabu lalu, telah ditahan.
GUA MUSANG, 25 DIS: Empat lelaki mangsa banjir termasuk dua warga asing diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap di atas pokok dalam kebun sayur bersebelahan Sungai Brooke dekat Pos Blau, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 24 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan membuat sebaran mesej menerusi media sosial mengenai kewujudan modus operandi baharu penipuan dinamakan ‘Sim Swap’.
GUA MUSANG, 24 DIS: Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan air Sungai Brooke melimpahi Jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis di Pos Blau, di sini, seterusnya mengakibatkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula 8 pagi tadi.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.