SHAH ALAM, 12 JAN: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) menganjurkan Pesta Kebudayaan Balik Kampung 2024 sempena Tahun Baharu Cina selama empat hari bermula 1 Februari ini.
SHAH ALAM, 12 JAN: Universiti Islam Selangor (UIS) memeterai memorandum perjanjian (MOA) berkait kerjasama penyelidikan bagi membangun potensi mualaf sebagai pendakwah.
SHAH ALAM, 12 JAN: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor membuka kaunter bergerak di Klang dan Kuala Selangor bagi memudahkan orang ramai mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (Padu).
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor menyuarakan sokongan Parlimen Malaysia terhadap perjuangan dan hak rakyat Palestin termasuk pembentukan negara Palestin yang berkerajaan sendiri dan berautonomi.
SEMPORNA, 11 JAN: Polis menggagalkan cubaan tiga lelaki untuk menyeludup keluar lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Jeti Umum Semporna, pada 3 Januari lalu.
SHAH ALAM, 11 JAN: Jelajah Perpaduan Rumpun Selangor akan menjelajah ke seluruh negeri mulai Februari ini, kata EXCO Perpaduan.
SHAH ALAM, 11 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan pakaian seragam baharu kakitangan Malaysia Aviation Group (MAG), semalam.
BANDARAYA GAZA, 11 JAN: Jumlah korban akibat serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu meningkat kepada 23,210 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang kembali meningkat pagi ini kepada 9,146 orang yang berlindung di 76 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 8,586 orang malam tadi.
KUANTAN, 11 JAN: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang rancak dalam pembinaan membuka ruang kepada pekerja tempatan menimba pengalaman selain meneroka kemahiran baharu.
KUALA LUMPUR, 11 JAN: Kadar pengangguran di Malaysia pada November 2023 kembali pada paras prapandemik iaitu 3.3 peratus dengan 569,200 penganggur, berbanding 3.4 peratus dicatatkan pada Oktober, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
SHAH ALAM, 11 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandan Indah memfokuskan baik pulih infrastruktur untuk dewan, surau dan masjid di bawah peruntukan Projek Selangor Penyayang.
ALOR GAJAH, 11 JAN: Peniaga kedai runcit kerugian RM922,300.87 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis, bulan lalu.
SHAH ALAM, 11 JAN: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menumpukan usaha lebih serius tahun ini bagi menuntut tunggakan pinjaman berjumlah lebih RM100 juta sejak 2015.
PUTRAJAYA, 10 JAN: Perkhidmatan rangkaian 5G mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 31 Disember, melepasi sasaran 80 peratus yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa hasil perkongsian maklumat dengan Biro Narkotik Hong Kong dan merampas pelbagai bahan kimia serta dadah dianggarkan bernilai RM7.89 juta.
THE HAGUE, 10 JAN: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan ia sedang menyiasat kemungkinan jenayah perang terhadap wartawan ketika serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
SHAH ALAM, 10 JAN: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) membuka permohonan permit tapak bazar Ramadan 2024 secara dalam talian dari 17 Januari hingga 23 Februari depan.
JOHOR BAHRU, 10 JAN: Lelaki warga emas berputih mata apabila kerugian RM540,047.97 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian yang mendakwa nama mangsa terdapat dalam rekod jenayah.
KUALA LUMPUR, 10 JAN: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708 juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 hingga bawah 55 tahun.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.