SHAH ALAM, 19 JAN: Pejabat EXCO Sukan mengambil inisiatif menganjurkan tayangan skrin besar bagi membolehkan warga Shah Alam memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya sempena Piala Asia 2023 di Qatar.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dan memproses dadah selepas menahan enam individu termasuk dalangnya dalam lima serbuan sekitar Lembah Klang pada Selasa dan Rabu lalu.
Daripada Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif DOHA, 19 JAN: Palestin terlepas peluang merakam kemenangan pertama di pentas Piala Asia selepas seri 1-1 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terpaksa bermain dengan 10 pemain pada pertembungan di Stadium Al Janoub di sini awal pagi ini. Pada...
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Harimau Malaya meniti laluan berliku untuk merawat luka kekalahan kepada Jordan 0-4 pada aksi pembukaan Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 Isnin lalu, apabila terpaksa berdepan dengan Bahrain dalam perlawanan kedua di Stadium Jassim Bin Hammad, esok.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji Muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah...
IPOH, 19 JAN: 17 penumpang dan dua pemandu berdepan detik cemas apabila bas ekspres dua tingkat yang dinaiki terbakar di KM 375.4 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Tanjung Malim pagi tadi.
SUBANG JAYA, 19 JAN: Kerja penstabilan sementara di Jalan Wawasan, Taman Wawasan, Puchong dijangka selesai sepenuhnya pada Julai, kata datuk bandar Subang Jaya.
Tujuan utama membaca al-Quran untuk dihayati dan diamalkan pengajaran daripada sesuatu ayatnya sama ada yang berbentuk kisah, perumpamaan, sumpah dan sebagainya.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang dan Sabah tidak berubah sejak tengah malam tadi melibatkan 205 orang yang masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini.
KUALA LUMPUR, 19 JAN: Jaringan penyamaan Rana Waheed Ashraf pada suku keempat memusnahkan impian Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris selepas diikat 3-3 dengan Pakistan dalam aksi terakhir Kumpulan A kempen kelayakan di Muscat, Oman pada Khamis (awal pagi Jumaat waktu Malaysia).
SUBANG JAYA, 19 JAN: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyasarkan kutipan hasil tahun ini meningkat lima peratus berikutan peningkatan dicatat tahun lalu.
SHAH ALAM, 19 JAN: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan masing-masing empat lokasi pada Sabtu dan Ahad ini.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor 1 Januari lalu ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, pada malam, 11 Januari lepas.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Sejumlah 36,426 kompaun bernilai lebih RM18 juta dikeluarkan sepanjang tahun lalu hasil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 bagi pencegahan dan kawalan penyakit demam denggi.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Malaysia mengulangi pendirian untuk mendukung langkah Afrika Selatan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bersama negara sahabat lain dalam menegakkan keadilan dan membenam kezaliman Israel di Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 16 JAN: Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri terjejas banjir kekal 278 orang, setakat 8 malam ini.
SANDAKAN, 16 JAN: Guru wanita kehilangan pelbagai barang bernilai RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan lelaki yang merempuh kereta dipandunya di persimpangan Jalan Jambatan Merah dan Jalan Utara di sini pagi tadi.
SHAH ALAM, 16 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM18,000 dalam Pertandingan Jimat Tenaga Elektrik dan Air MPAJ, bermula Januari hingga 29 Februari ini.
KUALA SELANGOR, 16 JAN: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli melawat Pusat Koreksional Puncak Alam hari ini.
GEORGE TOWN, 16 JAN: Wanita yang terjatuh ke laut di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang semalam mendakwa ditolak rakan lelakinya ketika mereka bertengkar di hentian jambatan itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.