KUALA LUMPUR, 19 MEI: Malaysia menepati ramalan mudah mencatat kemenangan sulung selepas menjinakkan Jepun 2-0 pada aksi Kumpulan A acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini.
BUKIT KAYU HITAM, 19 MEI: Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini.
KUALA LUMPUR, 19 MEI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar meminta semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem dalam melakukan kempen solidariti bersama Palestin.
HULU SELANGOR, 19 MEI: Lembah Klang Raya yang menggabungkan empat bandar utama negeri ini bakal menjadi kawasan pembangunan bernilai tinggi sekali gus mampu menjadi pesaing baharu negara serantau.
KUALA LUMPUR, 19 MEI: Jaguh larian menara negara Soh Wai Ching ternyata sukar digugat selepas mendominasi kategori lelaki terbuka larian Menara Naza 2024 di sini hari ini.
SHAH ALAM, 19 MEI: Kebun Komuniti Pangsapuri Ukay Indah di Ampang Jaya melaksanakan projek Laman Kelulut bawah Projek Rejuvinasi Komuniti Selangor Laman Hijau Strata 2.0 (SCORE 2.0).
PUTRAJAYA, 19 MEI: Jumlah kes Covid-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
MELAKA, 19 MEI: Anggota tentera meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai Larian Bersama Bomba 2024 Malaysia Madani di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini malam tadi.
SHAH ALAM, 18 MEI: Jaringan tunggal Alif Haiqal Lau membantu Selangor FC meraih mata penuh ke atas Kedah (KDA FC) 1-0 dalam saingan Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.
Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin SAMARKAND, 18 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Uzbekistan di sini hari ini untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara. MoU itu antaranya melibatkan...
JOHOR BAHRU, 18 MEI: Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
SHAH ALAM, 18 MEI: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) menziarah lebih 1,200 rumah sepanjang 2023 bagi menyampaikan sumbangan.
TAPAH, 18 MEI: Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor di sini.
KOTA BHARU, 18 MEI: Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
KUANTAN, 18 MEI: Jenazah Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, selamat dikebumikan 5.50 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 8 Gambang, Kuantan di sini hari ini.
PUTRAJAYA, 18 MEI: Jabatan Imigresen (JIM) menumpaskan sindiket penyeludupan manusia selepas menahan lapan warga Bangladesh dalam operasi di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR, 18 MEI: Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram semalam.
TAPAH, 18 MEI: Walaupun sedih kehilangan adik kandung yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam, ia tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
CHUKAI, 18 MEI: Bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini pagi tadi.
KUANTAN, 18 MEI: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang di sini menjadi tumpuan termasuk kenalan serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyantuni keluarga Allahyarham.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.