MELAKA, 15 OGOS: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan kejam guru wanita Istiqomah Ahmad Rozi, 33, akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) hari ini untuk arahan lanjut.
Oleh Zufazlin Baharuddin KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Ringgit mengakhiri dagangan hari ini pada 4.41 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), harga penutupan terbaik dalam tempoh 16 bulan, apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dilihat berada di landasan untuk mengurangkan kadar faedah pada...
KUALA LUMPUR 14 OGOS: Jumlah kerugian berkaitan kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan jumlah kerugian melebihi RM1.5 juta.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Polis memburu saki-baki anggota kumpulan bersenjata yang dikenal pasti terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang, Jun lalu, yang salah seorang anggotanya maut selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis di sekitar Kajang petang semalam.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi serta YouTubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang keluar rumah 7.45 petang semalam dan belum pulang hingga kini.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Harga runcit bagi diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan lima sen kepada RM3.25 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter bermula esok hingga 21 Ogos ini.
KUALA LUMPUR, 14 OGOS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang memperincikan sistem dan penyelarasan proses bagi program peralihan khas yang perlu dijalani pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2, sebelum mendapatkan LMM kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
PETALING JAYA, 14 OGOS: Kira-kira 1,000 keluarga di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Subang Baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara menerima manfaat melalui penganjuran program Jualan Ehsan Rahmah (JER).
SEPANG, 14 OGOS: Impian pelumba berbasikal trek lelaki negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk membawa ibu bapanya menunaikan ibadah umrah tercapai apabila sebuah agensi pelancongan Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menajanya ke Tanah Suci.
MUAR, 14 OGOS: Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga termasuk ibu bapanya dan bertindak membakar rumah mereka di Kampung Paya Redan, Pagoh Jumaat lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.
SHAH ALAM, 14 OGOS: Selangor meraih pingat emas pertama Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak menerusi atlet wushu wanita dalam acara taijijian, hari ini.
PUTRAJAYA, 14 OGOS: Lima premis e-waste yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dikenakan penahanan operasi kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kata Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaafar.
SEREMBAN, 14 OGOS: Dua maut, empat cedera apabila kereta dinaiki mereka merempuh jengkaut yang sedang membantu kerja pemasangan kabel di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelam, Port Dickson, dekat sini pagi tadi.
KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah samun ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) dekat Kajang, Selangor petang tadi.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Selangor FC menundukkan Sabah FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Sabah malam ini.
SEPANG,13 OGOS: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memerlukan masa untuk mempertimbang semula sama ada meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) ataupun bersara.
MELAKA, 13 OGOS: Polis menunggu keputusan ujian DNA kepala serta jari Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dibunuh kejam dengan cara dikerat anggota badannya.
SEPANG, 13 OGOS: Penerjun berpengalaman wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mahu berehat sementara waktu sebelum memikirkan soal masa depan penglibatan dalam sukan itu selepas mengharungi pelbagai cabaran termasuk persediaan singkat ke Sukan Olimpik Paris 2024.
SHAH ALAM, 13 OGOS: Tesla Inc dialu-alukan membuat pelaburan ke Selangor pada masa depan termasuk pembukaan pusat servis memandangkan syarikat milik hartawan terkemuka Elon Musk berhasrat meluaskan pasaran di rantau Asia.
MELAKA, 13 OGOS: Keadaan banjir di Alor Gajah sejak Ahad lalu hampir pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.