SIBU, 23 OGOS: Wilayah Persekutuan membuktikan mereka kuasa besar sukan bola jaring apabila mempertahankan pingat emas acara itu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, menewaskan Kedah 60-37 dalam perlawanan akhir di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah di Mukah hari ini.
KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan mereka yang terpalit rasuah dan salah guna kuasa.
PUTRAJAYA, 23 OGOS: Di sebalik keterujaan menanti 'angka baharu' pada penyata gaji Disember ini, penjawat awam diingatkan untuk terus membudayakan amalan berjimat cermat dan mengelak perbelanjaan tidak perlu.
BANGKOK, 23 OGOS: Jabatan Kawalan Penyakit Thailand semalam mengesahkan kes mpox yang dilaporkan minggu ini adalah strain clade 1b virus itu.
SHAH ALAM, 23 OGOS: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang akan menganjurkan Kembara Patriotik bagi menyantuni pesara tentera yang berada dalam keuzuran.
Oleh DEWI ABDUL RAHMAN SHAH ALAM, 20 OGOS: Sebuah balai bomba bakal dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua. Wakil rakyatnya berkata ia bagi menampung kes kecemasan selain memudahkan khidmat bantuan disalurkan kepada penduduk kawasan itu. "Kawasan Dusun Tua masih belum ada...
KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan selamat tengah malam tadi selepas terperangkap dalam lif di sebuah pangsapuri di Taman Desa Petaling, Cheras.
SHAH ALAM, 20 OGOS: Inisiatif Kerajaan Negeri menurap jalan rosak di persiaran Bandar Rinching, Semenyih tahun lalu berjaya mengurangkan kadar kemalangan di kawasan itu.
SHAH ALAM, 20 OGOS: Paras air di empat stesen iaitu Bandar Klang, Kampung Delek dan Tugu Keris, Klang serta satu di daerah Gombak dilapor pada tahap bahaya setakat jam 6.45 petang tadi.
KUCHING, 20 OGOS: Operasi mencari dan menyelamat tiga pelajar yang dikhuariti hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit daerah Lundu, kira-kira 75 kilometer (km) dari sini, masih giat dijalankan setakat jam 3 petang ini.
SHAH ALAM, 20 OGOS: Paras air di tiga stesen iaitu Kampung Delek dan Tugu Keris, Klang serta satu di daerah Petaling dilapor berada pada tahap bahaya setakat jam 4.30 petang tadi.
PASIR MAS, 20 OGOS: Keluarga terutama anak-anak Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi yang masih bersekolah akan diberi khidmat psikososial termasuk kaunseling secara berterusan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
SABAK BERNAM, 20 OGOS: Jambatan kedua menghubungkan Sungai Air Tawar di sini ke Hutan Melintang, Perak dijadual siap Disember 2026, kata Dato' Menteri Besar.
ALOR SETAR, 20 OGOS: Lelaki warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya, semalam.
SHAH ALAM, 20 OGOS: Selangor tekad menyokong aspirasi kerajaan dalam menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) sekali gus memberi limpahan manfaat berterusan kepada pembangunan dan kemajuan negeri.
KUCHING, 20 OGOS: Tiga pelajar sekolah hilang sementara 15 orang lagi berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian bot karam di Sungai Kayan Kampung Selampit di Lundu, kira-kira 72 kilometer dari sini hari ini.
SHAH ALAM, 19 OGOS: Selangor melonjakkan kedudukannya pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 ke tangga keempat hari ini berbanding ketujuh sebelum ini.
PASIR MAS, 19 OGOS: Jenazah guru Istiqomah Ahmad Rozi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Bandar Pasir Mas di sini pada 11.50 malam tadi.
KUCHING, 19 OGOS: Sukan mempertahankan diri kembali menjadi tumpuan apabila mempertaruhkan 32 daripada keseluruhan 78 pingat emas yang ditawarkan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 esok.
ALOR SETAR, 19 OGOS: Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.