Penyanyi Lan Solo atau Mohd Razlan Mohamed Yusof menbuat persembahan nyanyian ketika majlis rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023.
Ribuan orang ramai mengunjungi Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023.
Azizah Samin, 59, menggantung ketupat yang telah di masak ketika rewang sekampung sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Sabak Bernam di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei 2023.
Gelagat pelajar sekolah menutup kepala mereka menggunakan buku ketika pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Razali, Ampang Jaya semasa tinjauan Media Selangor susulan cuaca panas yang melanda negara pada 11 Mei 2023.
Penduduk menggayakan busana melayu ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Langat di Taman Perwira, Kuala Langat pada 7 Mei 2023.
Peserta larian lima Kilometer ketika majlis pelepasan larian Bukit Melawati LebaRun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 6 Mei 2023.
Penduduk Lotfi Saari, 48, menunjukkan barangan yang dibeli ketika program Jelajah Ehsan Rakyat di Masjid Nurul Jannah, Klang pada 2 Mei 2023.
Orang ramai berswafoto bersama keluarga ketika tinjauan Media Selangor pada Hari Raya Aidilfitri di Taman Tasik Shah Alam, Shah Alam pada 22 April 2023.
Orang ramai menziarahi tanah perkuburan ketika tinjauan Media Selangor ketika Hari Raya Aidilfitri di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan PJS4, Petaling Jaya pada 22 April 2023.
Keadaan aliran trafik di Lebuhraya Persekutuan bergerak lancar ketika tinjauan Media Selangor semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 22 April 2023.
Ahli Jawatankuasa surau mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk secara pandu lalu ketika majlis doa selamat dan berbuka puasa di Surau Al-Karimiah, Gombak pada 12 April 2023.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli menerima cendera hati lukisan pintu dan kiswah Kaabah yang di lukis menggunakan air zamzam daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan Masjid Ukay Perdana pada majlis perasmian masjid dan penyerahan sumbangan hari raya di Taman Ukay Perdana, Ampang pada 11 April 2023.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkesempatan melakukan pembayaran zakat fitrah untuk keluarganya selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim di Masjid Annur, Kampung Melayu Wira Damai,Batu Caves pada 9 April 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
Orang ramai melihat pameran kampung tradisi Selangor ketika Festival Kampung Baharu di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 April 2023.
Peniaga, Nurul Fadilla Bukhari, 25, menunjukkan pelbagai jenis sampul duit raya yang dijual bagi persiapan menyambut hari raya Aidilfitri di bazar raya Jalan Taiping, Klang pada 6 April 2023.
Jemaah menunaikan solat sunat terawih selepas majlis Perasmian Masjid dan majlis Berbuka Puasa di Masjid At-Taqwa, Bandar Bukit Mahkota, Hulu Langat pada 6 April 2023.
Seorang petani mengendalikan dron bagi memudahkan kerja semburan racun tanaman padi ketika tinjauan Media Selangor di Kampung Sungai Leman, Sabak Bernam pada 2 April 2023.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor menunjukkan langkah dan peralatan yang digunakan untuk pertolongan cemas di reruai pameran ketika program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Sabak Bernam di Dataran Bagan Terap, Sabak Bernam pada 19 Mac 2023.
Adik-beradik kembar, Adam Shafiy Mohd Shafizol, 8, (kanan) bersama Ammar Sufi Mohd Shafizol, 8, bermain kucing jalanan di Taman Kucing Cyberjaya, Sepang pada pada 18 Mac 2023.
Pengasas syarikat What A Waste, Alvin Chen (kanan) bersama kakitangannya menimbang dan mengumpul lebihan makanan ketika sidang media mengenai kerjasama dengan syarikat What A Waste di Bangunan Annex, Shah Alam pada 17 Mac 2023.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.