Kelab Seni Adimastuli mempersembahkan tarian zapin ketika majlis pelancaran Wakaf Rumah Kanwork di Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 16 Julai 2023.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Murid Sekolah Kebangsaan Taman Tasik mempersembahkan tarian kuda kepang ketika program Larian Malam Ampang Jaya (AJNR) 2023 di Jalan Pandan Utama, Ampang Jaya pada 15 Julai 2023.
Pelajar Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRATIN) membuat latihan bola sepak di Taman Tasik Cempaka, Hulu Langat pada 11 Julai 2023.
Taman tema air SplashMania di Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat pada 2 Julai 2023.
Penduduk bergotong-royong ketika program korban perdana bersama Yayasan Selangor di Kampung Pasir Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 1 Julai 2023.
Penyokong mengangkat plakad N49 Sungai Kandis dan N50 Kota Kemuning ketika Jelajah Arus Merah Kuning DUN Sungai Kandis di Tapak Rakan Muda Andalas, Klang pada 25 Jun 2023.
Petugas membuat persiapan untuk program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Sepang di Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 24 Jun 2023.
Rashidi Hashim, 39, sedang menjahit pelapik stereng kereta di reruai pameran Shidi Global Enterprise ketika Pusingan akhir Liga Usahawan Wanita Selangor di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2023.
Persembahan tarian Poa Gan Wu oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman Petaling Jaya ketika majlis pelancaran Tekad Pendidikan Kita Selangor (PTRS) di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri, Shah Alam pada 18 Jun 2023.
Persembahan pembukaan LED Laser ketika majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik Pendidikan Dan Logo Baharu Yayasan Selangor Serta Manandatangani Memorandum Persefahaman Bersama Rakan Strategik di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya pada 13 Jun 2023.
Aksi peserta papan selaju ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023.
Persembahan kumpulan muzik Floor 88 ketika majlis penyerahan inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) sempena Selangor Youth Festival 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam, Shah Alam pada 10 Jun 2023.
Penduduk membuat topi sangai ketika majlis pelancaran Wilayah Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) di Kampung Parit Sepuloh, Sabak Bernam pada 9 Jun 2023.
Penduduk merebus doh untuk memasak bubur wadai kepeng ketika majlis pelancaran Wilayah Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) di Kampung Parit Sepuloh, Sabak Bernam pada 9 Jun 2023.
Pengarah filem, penulis dan pelakon Nasir Jani menunjukkan kasut jenama Fung Keong yang dijual di reruai Rabak-Lit ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 30 Mei 2023.
Aksi Jo Branko (bekas gitaris Wings) bermain gitar ketika persembahan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023.
Orang ramai mendengar syarahan cabaran terhadap tradisi turath dalam abad ke-21 oleh Bekas Mufti Besar Mesir, Syeikh Dr Ali Jum’ah ketika program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 24 Mei 2023.
Orang ramai mendengar syarahan Sama Sifat Nabi SAW dan Ijazah Hadis Musalsal disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Mei 2023 .
Orang ramai mendengar Daurah Afkar Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali disampaikan oleh bekas Mufti Besar Mesir, Prof Dr Ali Jum’ah ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Mei 2023 .
Bekas Mufti Besar Mesir, Prof Dr Ali Jum'ah menyampaikan syarahan ketika Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 Mei 2023 .
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.