Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di antara Selangor menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 26 Oktober 2019.
Gerai jualan buah-buahan sempena Jelajah Jualan Terus Dari Ladang Peringkat Selangor di AEON Mall, Shah Alam pada 24 Oktober 2019.
Penyanyi, Altimet (kanan) dan Malik Abdullah (kiri) bergambar bersama maskot selepas Pratonton "Ejen Ali The Movie" di GSC, Mid Valley Mall, Kuala Lumpur, 23 Oktober 2019.
Klinik Pergigian Hospital Banting membuat pemeriksaan gigi percuma sempena Program Sayangi Desa Daerah Kuala Langat di Padang Awam Kampung Seri Jugra, Banting pada 20 Oktober 2019.
Pameran taksidermi Harimau Malaya oleh Jabatan Perhilitan sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat Negeri Selangor di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 19 Oktober 2019.
Persembahan tarian Inang dan Joget daripada Tari Warisan Sdn Bhd semasa Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat Negeri Selangor pada 19 Oktober 2019.
Aktiviti berkumpulan yang dijalani peserta ketika Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) di Kem Wawasan Negara Meru pada 18 Oktober 2019.
Pengunjung melintasi skrin yang memaparkan poster 3rd Selangor International Business Summit 2019 yang berlansung di MITEC, Kuala Lumpur pada 10 Oktober sehingga hari ini 13 Oktober 2019.
Peserta membuat aksi ketika Piala TTAM Battle Of Teh Tarik di MITEC, Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2019.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) keluar daripada dewan peperiksaan bagi mengambil sarapan percuma ketika Program Santapan Kasih PT3 & SPM 2019 oleh Kumpulan Perangsang, SMK Seksyen 18 Shah Alam pada 9 Oktober 2019.
Yang DiPertua Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Selangor, Ismail Zamry Ibrahim memakaikan tengkolok dikepala EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Khairuddin Othman selepas sidang media Himpunan Perguruan Silat Selangor 2019 pada 8 Oktober 2019.
Persembahan tarian singa ketika Majlis Perasmian Ideagen Malaysia, Subang Jaya pada 4 Oktober 2019.
Majlis bacaan Yassin dan solat hajat perdana bagi pelajar-pelajar bakal menduduki peperiksaan SPM 2019 di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves pada 3 Oktober 2019.
Pengunjung membuat pemeriksaan kesihatan percuma sempena Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Everest Base Camp Tracking Challenge di SACC Mall, Shah Alam pada 1 Oktober 2019.
Penerima baucar Program Jom Shopping Skim Mesra Warga Emas DUN Selat Klang memilih barangan keperluan harian di Econmart Sungai Bertih, Klang pada 30 September 2019.
Penerangan tentang kitar semula produk Tetra Pak di Pameran Pengurusan Sisa Pepejal Antarabangsa (ICEWM 2019), di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 25 September 2019.-Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pasangan ibu bapa sambil membawa anak mereka yang berkereta sorong mengambil bahagian dalam larian Ampang Jaya Night Run 2019 MPAJ di hadapan Melawati Mall, Hulu Klang pada 21 September 2019.
Keadaan berjerebu tidak menghalang orang ramai daripada melakukan aktiviti rekreasi bersama anggota keluarga sempena cuti hujung minggu di Pantai Morib, Banting.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara, memakai topeng hidung dan mulut sebagai langkah keselamatan ekoran keadaan jerebu pada tahap tidak sihat pada 12 September 2019.-Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Pemandangan bandar raya Shah Alam berjerebu dan menunjukan tahap pencemaran udara yang tidak sihat ketika dirakamkan pada 2 petang hari ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.