Dato' Seri Amirudin Shari melawat kemudahan fasiliti selepas Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records Kediaman Pangsapuri Yang Mempunyai Bilangan Fasiliti Terbanyak 2019 di BSP21 Saujana Putra pada 14 Januari 2020.
Eksekutif pemasaran digital, Wan Muqaram menunjukan demo produk penyembur dan pengelap sempena Majlis Pelancaran Park Here Detailing Garage Ke Arah Hub Automobil Di Selangor di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 4 Januari 2020.
Fauzi Basri, 41 menenangkan salah seorang anaknya yang juga pasangan kembar pada hari pertama sesi persekolahan 2020 yang bermula pada hari ini 2 Januari di Sekolah Kebangsaan Seksyen 17.
Orang ramai berpeluang bertanyakan terus kepada doktor haiwan tentang kesihatan kucing mereka sempena Program Kesedaran Haiwan Kesayangan, Kucing Angkat Dan Perlesenan Anjing di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 28 Disember 2019.
Pekerja Indah Water Konsortium (IWK) sedang melakukan kerja pembersihan pembentung yang terlibat dengan pencemaran di Bukit Mahkota, Semenyih pada 22 Disember 2019.
Orang ramai melawat kawasan yang dihiasi dengan lukisan mural sempena perasmian Tapak Senario Ampang, Ampang pada 20 Disember 2019.
Pekerja Hyper Colour Resources, Kota Raja sedang mencetak baju ketika lawatan program Kembara Sukses Hijrah Selangor.
Persembahan muzik Cempuling oleh Sekolah Kebangsaan Sungai Lang, Banting sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 16 Disember 2019.
Aktiviti di ruang pameran dan dinding komuniti ketika Majlis Anugerah Komuniti Mampan Petaling Jaya di Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 12 Disember 2019.
Rumah Selangorku & Smart Sewa Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama, Puchong.
Peserta daripada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi turut hadir sempena Konvesyen Perundangan Jenayah Syariah 2019 di Masjid Negeri, Shah Alam pada 28 November 2019.
Persembahan pemuzik tradisi masyarakat India sempena Majlis Sambutan Deepavali MPSJ 2019 di Taman Kinrara Seksyen 1, Puchong pada 24 November 2019.
Azlan Yunus, 26 sedang menyiapkan lukisannya ketika Pameran Dan Jualan Lukisan OKU di Da Menn Mall, Subang Jaya.
Ruang Pameran Ekspo Hartanah dan Perumahan Malaysia (MAPEX), MAPEX Shah Alam/Klang di Central I-City, Shah Alam pada 15 November 2019.
Telatah si cilik menunggang 'Push Bike' ketika hari tanpa kenderaan sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2019.
Model memperagakan pakaian sempena Selangor Modest Fashion Prelude 2019 di Sunway Resort Hotel & Spa pada 6 November 2019.
EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Hee Loy Sian beramah mesra dengan peserta Program Kesedaran Alam di Kem Perah, FRIM, Kepong pada 5 November 2019.
Husin Tion sedang membuat ukiran Moyang Harimau Berantai Mah Meri sempena Program Perjumpaan DYMM Sultan Selangor dengan Masyarakat Orang Asli Negeri Selangor di Pusat Kraf Orang Asli, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey, Kuala Langat.
Pameran Senilukis Bertemakan Masjid - MIHRAB bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-74 di Whitebox @ MAP, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada 2 November 2019.
Pushpa dan anaknya V Monica menyalakan pelita kolam sempena sambutan Deepavali di Kampung Bahtera, Batu Caves pada 27 Oktober 2019.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.