Anggota tentera berkawal di hadapan Menara City One, Kuala Lumpur pada 1 April 2020 selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berikutan penularan Covid-19.
Pasukan polis, tentera dan rela melakukan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan Covid-19 di Kampung Sungai Lui, Batu 21, Hulu Langat pada 30 Mac 2020.
Petugas Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA menjalankan proses nyah kuman di Medan Selera Megah, Seksyen 28, Shah Alam pada 29 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19.
Pembantu perubatan memeriksa suhu badan orang awam sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Ajwa, Seksyen 7, Shah Alam pada 27 Mac 2020 sebagai langkah mencegah penularan Covid-19.
Pihak polis melakukan sekatan jalan raya di Jalan Bangsar pada hari kesembilan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19.
Kakitangan dari syarikat swasta menjalankan proses penyahkuman atau disinfeksi di seluruh ruang solat Madrasah Al-Khairiah, Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur pada 24 Mac 2020 susulan penularan COVID-19.
Pasukan polis dibantu tentera melakukan sekatan jalan raya di Jalan Ampang pada hari keenam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19 pada 23 MAC 2020.
Anggota polis membuat sekatan jalan raya di Jalan Ampang pada 21 Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19.
Pemeriksaan suhu badan petugas media sebelum memasuki dewan bagi Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ketiga Dewan Negeri Selangor di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 16 Mac 2020.
Bacaan Al-Quran oleh seorang pelajar sebelum Majlis Graduasi Qurra' Maahad Integrasi Tahfiz Negeri Selangor kali ke7 di Bangunan Sultan Abd Aziz Shah, Shah Alam pada 13 Mac 2020.
EXCO Perumahan, Haniza Mohamed Talha melawat rumah penerima selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan Menduduki Dan Kunci Rumah Kepada Pembeli Projek Perumahan Estana Court, Hulu Kelang pada 1 Mac 2020.
Duta Besar Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka menandatangani plat Perasmian Program Amal Khair sempena sesi lawatan Sekolah Rendah Agama (SRA) Integrasi Seksyen 19, Shah Alam pada 27 Februari 2020.
Penguatkuasa MBSA menurunkan banner iklan taska ketika operasi bersepadu pemantauan dan penguatkuasaan tadika, taska dan pusat jagaan kanak-kanak di sekitar Shah Alam pada 24 Februari 2020.
Dato' Seri Amirudin Shari mengedarkan risalah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40) kepada tetamu semasa pertemuan bersama masyarakat DUN Sungai Tua di Balai Penghulu Mukim Batu, Batu Caves pada 21 Februari 2020.
Persembahan tarian singa oleh Malaysia Xuan Wu sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dun Seri Setia di Giant Hypermarket Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 16 Februari 2020.
Si cilik turut menyaksikan upacara pelepasan (Flag off) peringkat ke 5 Le Tour De Langkawi Tahun 2020 di Kuala Kubu Bharu pada 11 Februari 2020.
Keberangkatan pulang Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah selepas Solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 31 Januari 2020.
Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari dan isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad menyampaikan sumbangan angpau sempena perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Pagi Selayang Baru, Batu Caves pada 24 Januari 2020.
DYMM Tengku Permaisuri Norashikin (tiga dari kiri) berkenan memakaikan seragam kepada pelajar dalam Program Prihatin Kembali Ke Sekolah di Wisma MBSA, Shah Alam pada 19 Januari 2020.
Petugas memberikan penerangan kepada orang ramai mengenai aplikasi E-Bil ketika Karnival Jom E-Bil Air Selangor berlangsung di The Curve, Damansara pada 18 Januari 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.