Pempamer menunjukkan alat pemeriksaan tahap kebersihan udara ketika majlis Perasmian Klang Sustainable Convention 2024 ESG FOR SDG di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang, Klang pada 10 Oktober 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Pengunjung melihat koleksi buku di reruai Buku Ibde ketika Ekspo Usahawan Selangor (SELBIZ) di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam pada 5 Oktober 2024.
Orang ramai membuat pemeriksaan kesihatan ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024.
Peserta melihat proses teknologi cetakan 3D ketika majlis Penutup Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Tengah di Dewan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Klang pada 26 September 2024.
Sukarelawan membuat persiapan ketika Karnival Pakaian Traditional Cina dan Pesta Tanglung Bukit Gasing di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 21 September 2024.
Projek pembangunan kapal korek terbesar di dunia iaitu kapal korek Sri Banting antara usaha kerajaan negeri bagi merancakkan lagi industri pelancongan Selangor di Dengkil pada 19 SEPTEMBER 2024.
Orang ramai memenuhi ruang pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 17 September 2024.
EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari (tengah, hadapan) turut serta dalam perarakan ketika program Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia peringkat Parlimen Selayang di sekitar berdekatan Stadium MPS, Gombak pada 16 September 2024.
Sukarelawan mengutip sampah ketika aktiviti pembersihan pantai sempena program konvoi motosikal Hari Malaysia Team Selangor di persisiran Pantai Batu Laut, Kuala Langat pada 15 September 2024.
Faisal Halim beraksi ketika Perlawanan Bola Sepak Persahabatan Antara Pilihan MB Selangor VS Pilihan MB Kedah di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 3 September 2024.
Orang ramai menyaksikan pertunjukkan bunga api sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024.
Angkatan Tentera Malaysia membuat persembahan Operasi Dalam Kawasan Terbina pada Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024.
Pengunjung melukis Jalur Gemilang pada wajah mereka sempena Hari Kebangsaan ke-67 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 30 Ogos 2024.
Pengunjung bermain go-kart ketika tinjauan berkenaan proses runtuhan stadium di sekitar Seksyen 13, Shah Alam pada 14 Ogos 2024.
Murid Taska dan Tadika Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengibarkan bendera ketika majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 peringkat Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya pada 5 Ogos 2024.
Para peserta Solidariti Antarabangsa bersama Palestin menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin ketika Protes Jalan-Jalan Palestin menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024.
Peserta mendapatkan khidmat nasihat dari pemain industri di reruai pameran ketika majlis perasmian program Selangor 1000 Digital Siri 3 yang diadakan di Dewan Semarak Cyberjaya, Sepang pada 31 Julai 2024.
Pekerja Muhammad Izuam Zakaria, 27, memberi benih ikan talapia makan ketika tinjauan bancian di Aquaculture Resources Centre (ARC) benih ikan keli dan talapia di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh pada 28 Julai 2024.
Pempamer membantu kanak-kanak menggunakan alat realiti maya bagi menyelusuri sejarah Islam di reruai Must Read Virtual Reality ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor (SCBF) 2024 yang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Julai 2024.
Murid Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Kuala Langat membuat persembahan kompang ketika majlis penutupan rasmi Pertandingan Debat Darul Ehsan Piala Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 25 Jualai 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.