Orang awam memakai pelitup muka ketika turun dari bas SMART Selangor di perhentian bas Bandar Baru Ampang, Ampang pada 3 Jun 2020.
Orang awam melakukan imbasan kod QR menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) sebelum masuk ke Bangunan Pejabat Daerah Petaling pada 1 Jun 2020.
Rosli Abu Bakar sedang memeriksa lemang yang dibakar agar masak sempurna sebelum dihantar kepada pelanggan yang membuat tempahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Gerai Lee Corner, Pandan Jaya pada 28 Mei 2020 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Orang awam mula membeli barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan SelangorKini di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 18 Mei 2020.
Nor Azizah Mohd Nor, 27 menyiapkan tempahan baju raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kedai jahitnya Jiejahsignature, Pangsapuri Semarak 3, Setia Alam, Shah Alam pada 17 Mei 2020.
Suasana dua buah kedai tudung semasa hujan lebat ketika tinjauan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 16 Mei 2020.
Pekerja pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) mengutip sampah dan sisa pepejal sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung wabak Covid-19 di sekitar Pandan Jaya pada awal pagi 10 Mei 2020.
Penghantar makanan dalam talian mengimbas QR kod data peribadi sebelum memasuki kawasan makanan yang di pesan melalui platform atas talian Plats dan Grab Malaysia di pusat E-Dapur Batu Caves, Padang Awam Batu Caves pada 8 Mei 2020.
Seorang lelaki memakai topeng muka, sarung tangan serta pelindung muka memasuki Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Ampang susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan SelangorKini pada 6 Mei 2020.
Suasana sekitar perumahan di Selayang Baru yang merupakan antara kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan SelangorKini pada 28 April 2020.
Bengkel motosikal dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga ketika tinjauan di Pusat Servis Motosikal Roda 2, Seksyen 15, Shah Alam.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pandan Mewah membantu menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Hospital Ampang di Dewan Komuniti Pandan Mewah, Ampang pada 17 April 2020.
Petugas disinfeksi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melakukan proses nyahkuman di Surau Al - Islahiah Kampung Sungai Kantan, Kajang ketika Ops Sanitasi Awam pada 10 April 2020.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat rondaan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur ketika tinjauan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 9 April 2020.
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan ke atas seorang penghuni Malayan Mansion berikutan kes Covid-19 di bangunan berkenaan pada 8 April 2020.
Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berehat seketika selepas melakukan saringan ke atas penghuni Malayan Mansion berikutan kes Covid-19 di bangunan berkenaan pada 7 April 2020.
Anggota polis memeriksa suhu badan seorang penunggang motosikal yang melalui sekatan jalan raya di Jalan Ampang pada 5 April 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
Penumpang yang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen Bandar Baru Ampang memakai topeng muka dan mematuhi penjarakan sosial berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19 pada 5 April 2020.
Petugas khidmat penghantaran makanan tetap melaksanakan tugasan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ketika melalui Jalan Ampang pada 4 April 2020 Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Kakitangan dari syarikat swasta menjalankan proses nyahkuman di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2, Petaling Jaya pada 3 April 2020 bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.