Pekerja sedang melakukan kerja memetik buah di ladang buah naga Bagan Lalang, Sepang pada 28 Jun 2020.
Pengunjung melakukan aktiviti riadah hujung minggu di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 28 Jun 2020.
Peneroka asal melihat replika unit Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung di Sri Gombak, Batu Caves pada 27 Jun 2020.
Umat Islam perlu menunjukkan pas masuk sebelum dibenarkan memasuki Masjid Jamek Al-Amaniah di gombak pada 26 Jun 2020.
Penggemar sukan lasak melakukan aktiviti ekstrem 'Rock climbing' di Gua Damai, Batu Caves yang kembali beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika tinjauan SelangorKini pada 25 Jun 2020.
Masyarakat Cina menyempurnakan upacara keagamaan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Tokong Kau Ong Yah, Ampang pada 23 Jun 2020.
Penjual dan pelanggan sentiasa memakai pelitup muka ketika tinjauan SelangorKini di Pasar Pagi Selayang Baru, Batu Caves pada 22 Jun 2020.
Peniaga dan pelanggan memakai pelitup muka ketika tinjauan SelangorKini di Nasi Kukus Ayam Berempah Sri Gombak, Batu Caves pada 22 Jun 2020.
Reflek paparan digital orang awam melihat siaran langsung fenomena gerhana matahari separa di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada 21 Jun 2020.
Pekerja Wira Adventure Consultant, Anuar Yusof, 44 membuat kerja pembersihan membuang anak pokok yang tumbuh di Gua Damai, Batu Caves bagi pembukaan semula untuk aktiviti 'rock climbing' pada 18 Jun 2020.
Pekerja kontraktor pembersihan melakukan kerja pembersihan di Taman Rekreasi Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada 17 Jun 2020.
Don Farid, 29, (kiri) dan Shahil Nizam, 27, menggunakan peralatan gym dan mengekalkan penjarakan sosial bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Anytime Fitness, Ampang pada 16 Jun 2020.
Peniaga dan pengunjung dikehendaki mematuhi SOP yang disarankan oleh Kerajaan sewaktu urusan jual beli di Pasar Pagi MPSJ Bandar Puchong Jaya bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 16 Jun 2020.
Pengunjung sedang mencari bahan rujukan dan mengikut SOP yang di tetapkan Kerajaan dengan memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam yang kembali beroperasi pada 15 Jun 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah hampir kesemua sektor awam dibuka.
Walaupun kehidupan di Malaysia memasuki fasa pemulihan akibat penularan Covid-19, namun orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial ketika tinjauan SelangorKini berkenaan norma baharu masyarakat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 12 Jun 2020.
Pengusaha Goldcut Barbershop di Balakong, Harriz Ahmad, 29 berpakaian lengkap pelindungan diri (PPE) pakai buang setelah kedai gunting rambut kembali dibenarkan beroperasi dengan mamatuhi tiga SOP tambahan iaitu mamakai pelindung muka, apron dan sarung tangan yang perlu ditukar untuk setiap pelanggan baru di pada 11 Jun 2020.
Pengusaha Goldcut Barbershop di Balakong, Harriz Ahmad, 29 membersihkan premis pada 8 Jun 2020 sebelum memulakan operasi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini.
Amer Alif, 23 melakukan aktiviti riadah dengan bermain pedang cahaya atau 'Lightsaber' di Taman Tasik Shah Alam pada 5 Jun 2020.
Rakaman gambar "siluet" seorang jurukamera melakukan tugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 5 Jun 2020.
Orang awam memakai pelitup muka dan mematuhi penjarakan sosial satu meter di Transit Aliran Ringan (LRT) ketika tinjauan SelangorKini pada 3 Jun 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.