Jurulatih sedang mengajar seorang kanak-kanak meluncur di gelanggang ais Sunway Pyramid, Subang Jaya ketika tinjauan SelangorKini pada 25 Disember 2020.
Barangan bantuan makanan kering dan persekolahan kepada penghuni rumah pemulihan riqab tiba di Madrasah Darul Islah Sungai Serdang, Klang pada 25 Disember 2020.
Mekanik, Megat khairul, 29 membaik pulih penyerap hentakan kereta di Dre Speedbiz Holding Sdn Bhd, Kuala Selangor ketika Lawatan Kembara Sukses Hijrah pada 21 Disember 2020.
Noratiqah mahmud, 25 meletakkan bancuhan tepung ke acuan untuk memasak kuih kapit di Haq Rich Enterprise, Tanjung Karang ketika kunjungan lawatan Kembara Sukses Hijrah pada 21 Disember 2020.
Pekerja kedai aksesori telefon bimbit menyusun barang jualan ketika kunjungan program Lawatan Kembara Sukses Hijrah di Cikgu Gadget, Sungai Besar pada 21 Disember 2020.
Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans bersama gegantung promosi kempen ‘Pusing Selangor Dulu’ di Bilik Mesyuarat MTES, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 17 Disember 2020.
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak merobohkan stor barang lusuh dan kilang pembuatan pintu yang beroperasi secara haram di Batu 17, Rawang pada 10 Disember 2020.
Siti Nurwani Afrina Muhammad Khuzaidi, 23, sedang melihat antara jawatan kosong yang ditawarkan syarikat yang menyertai program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah , Shah Alam pada 6 Disember 2020.
EXCO Pembangunan Modal Insan dan Generasi Muda dan Sukan, Mohd Khairuddin Othman (dua, kanan) menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada penduduk yang terjejas susulan Covid-19 ketika program Rakan Muda Prihatin “We Care” di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh pada 6 Disember 2020.
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad beramah mesra bersama anak asuhan ketika sesi lawatan pusat taska anak-anak barisan hadapan di Taska Tambahan Hospital Banting, Banting pada 30 November 2020.
Bengkel membaiki jentera berat dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ketika Operasi Bersepadu Pembangunan Tanpa Kebenaran di Kampung Dato Lim Kim Sai, Rawang pada 24 November 2020.
Loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Velox, Rawang, lokasi disyaki berlaku pencemaran bau di Sungai Selangor pada 10 November 2020.
Sakthivell Perumalsamy, 47, memilih pakaian untuk anak perempuannya bagi sambutan Deepavali di Sri Rasi Silk Center Sdn Bhd, Klang pada 5 November 2020.
Jurujual pakaian Jayachandran Textile Sdn Bhd, Divya Puspanathan, 23, menggantung kain sari sambil diperhatikan rakan sekerja, Kirtana Shenthilnathan, 21, di Jalan Tengku Kelana, Klang pada 5 November 2020.
Petugas Dewan menggunakan alat imbasan muka dan pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki dewan persidangan Negeri Selangor, Shah Alam pada 3 November 2020.
Kakitangan Kerajaan Negeri, Ahmad Fadhli Yahya menunjukkan buku Belanjawan Selangor 2021 selepas ucapan pembentangan oleh Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari di di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020.
Speaker Dewan Negeri, Ng Suee Lim meninggalkan Dewan Annex di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam selepas selesai pembentangan Belanjawan 2021 oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari pada 30 Oktober 2020.
Aksi penunggang basikal elektrik ketika majlis simbolik penyerahan sut perlindungan diri kepada Jabatan Penjara dan basikal elektrik serta luncur jet kepada Polis Diraja Malaysia di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Oktober 2020.
Kerja sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor di UTC Shah Alam pada 27 Oktober 2020.
Pengunjung mencuba kotak nyahkuman bergerak ketika kerja sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor di Anggerik Mall, UTC Shah Alam pada 27 Oktober 2020.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.