Pemandu lori wanita KDEB Waste Management, Zubaidah Riduan, 44 (kanan) membantu rakan sekerja mengangkat sampah ke dalam lori di Taman Rahmat Jaya, Rawang pada 2 Mac 2021.
Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian pada program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Kampung Lindungan PJS 6, Petaling Jaya pada 21 Februari 2021.
Muhammad Zulfikar Nor, 16, menunjukkan cara bermain angklung ketika program Jelajah Rentak Selangor di Sekolah Sri Pintar, Shah Alam pada 20 Februari 2021.
Penduduk, Cheong Kok kong, 59, memasukkan kotak terbuang ke dalam tong kitar semula di Kampung Bagan Hailam, Pelabuhan Klang ketika tinjauan Media Selangor pada 17 Februari 2021 bagi menjaga dan memelihara alam sekitar daripada pencemaran.
Peniaga dan pelanggan memakai pelitup muka serta mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika melakukan urusan jual beli di Damansara Damai, Petaling Jaya pada 15 Februari 2021.
Pihak tokong membuat semburan nyahkuman sebelum upacara sembahyang di lakukan di Tokong Thean Hou, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2021.
Kam Heng Long,31 mengikuti upacara sembahyang di Tokong Kau Ong Yah, Ampang sempena tahun baharu cina pada 12 Februari 2021.
Peniaga, Sarimah Abu Bakar, 43 menyusun dim sum didalam pengukus yang diperbuat dari buluh ketika tinjauan Media Selangor di gerai Dim Sum Buloh, Saujana Utama, Sungai Buloh pada 6 Februari 2021.
Pengusaha kerepek, Nor huda Hayati, 39 menggoreng kerepek sengkuang ngaku yang diperbuat dari sengkuang cina yang dipotong nipis ketika tinjauan Media Selangor di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh pada 6 Februari 2021.
Bahagian Kesihatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya membuat semburan kabus (fogging) bagi mencegah penularan denggi di sekitar pangsapuri L26 Pandan Jaya, Ampang pada 6 Februari 2021.
Ahmad Suyuthi Basharuddin,31 berlatih ketangkasan dengan menggunakan alat latihan orang kayu di gelanggang Silat Gayang Lima, Taman Desa Keramat pada 5 Februari 2021.
Penduduk bergotong-royong membersihkan saluran longkang yang tersumbat ketika tinjauan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, Petaling Jaya pada 31 Januari 2021.
Sekatan jalan raya dilakukan oleh anggota polis dan tentera berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Ampang, Ampang pada 25 Januari 2021.
Paparan sesi pembelajaran secara dalam talian bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) pada 22 Januari 2021.
Penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) sebelum memasuki pejabat di Bangunan SUK Shah Alam pada 22 Januari 2021.
Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan amanat tahun baharu 2021 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook pada 21 Januari 2021.
Pengunjung mendapatkan barangan basah dan kering dengan harga lebih rendah berbanding pasaran memandangkan bekalan diambil terus daripada petani di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Medan Selera Seksyen 7,Shah Alam pada 15 Januari 2021.
Pengunjung memilih makanan dibalik plastik lutsinar di gerai Jalan 16 A, Ampang ketika tinjauan hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 14 Januari 2021.
Pelukis mural, Abdul Rahman Aliakbar, 24, sedang mewarna mural ketika kerja membaikpulih dan pengindahan lorong belakang kedai di Jalan Mamanda 2, Ampang pada 9 Januari 2021.
Sesi latihan pasukan Selangor FC di Pusat Latihan Persatuan Bolasepak Selangor, Shah Alam sebelum majlis penyerahan cek sumbangan kepada pasukan bolasepak Selangor FC dan Selangor Youth Community pada 8 Januari 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.