Anif Nufal Badul, 15, menyusun tayar terpakai untuk di jadikan penghadang litar ketika tinjauan SelangorKini di Litar Lumba Rakyat, Kuala Selangor pada 22 Jun 2021.
Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel calitan ke dalam bekas khas ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021.
Petugas kesihatan berehat sementara menunggu peserta di program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Orang Ramai Sungai Gulang-Gulang, Kuala Selangor.
Peserta saringan, Azizul hairil, 23, membaca akhbar SelangorKini sementara menunggu giliran ujian Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Balairaya MBPJ Jalan PJS 2D/11, Petaling Jaya pada 24 Mei 2021.
Orang ramai memeriksa suhu badan sebelum memasuki dewan untuk melakukan ujian calitan ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan MBPJ Jalan 51A/227, Petaling Jaya pada 24 Mei 2021.
Peserta saringan menjalani ujian Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar secara pandu lalu di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021.
Petugas Kesihatan Selcare membuat persiapan peralatan sebelum melakukan Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Petaling Jaya pada 23 Mei 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Laman Sukan USJ 1, Subang Jaya pada 23 Mei 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Batu 17, Rawang.
Petugas Kesihatan Selcare memasukkan data sampel untuk dianalisis ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Serbaguna Batu 17, Rawang pada 20 Mei 2021.
Seorang ibu menenangkan anaknya yang akan menjalani ujian calitan pada program Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Sri Siantan, Batu Caves pada 20 Mei 2021.
Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Seri Siantan, Batu Caves pada 20 Mei 2021.
Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dilimpahi cahaya lampu melambangkan warna bendera Palestin ketika tinjauan Media Selangor pada 18 Mei 2021.
Orang ramai menonton program Senandung Aidilfitri #KitaSelangor secara langsung melalui YouTube SelangorTV di kediaman mereka di Taman Dato’ Ahmad Razali, Ampang pada 14 Mei 2021.
Petugas dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menghias dekorasi Aidilfitri di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), Serdang pada 13 Mei 2021.
Anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan ketika tinjauan Media Selangor semasa hari pertama Aidilfitri pada 13 Mei 2021.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama keluarga di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar, Shah Alam pada 13 Mei 2021.
Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Dewan Orang Ramai Titiwangsa, Hulu Langat pada 10 Mei 2021.
Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta secara pandu lalu ketika Saringan Komuniti Covid-19 bersasar secara percuma di Dewan Komuniti Taman Muda, Ampang pada 10 Mei 2021.
Anak yatim memilih baju untuk persiapan raya ketika program pembelian baju raya KDEB Waste Management (KDEBWM) bersama anak yatim di gedung tekstil Jakel, Shah Alam pada 2 Mei 2021.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.