Ejen hartanah menunjukkan kepada pengunjung model pembangunan projek Setia Alam Sari ketika majlis Ramah Mesra Bersama Jawatankuasa Pembangunan Masjid Baiturrahman di Garden Hall Welcome Centre, Hulu Langat pada 26 Mac 2022.
Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari melihat ruang dalaman van jenazah yang disumbang kepada pihak surau ketika program Ihya Ramadan di Surau An Jannah, Gombak pada 25 Mac 2022.
Peniaga, Nor Hidayah John, 34 bersama suami, Afiq Alaudin Shah, 32, sedang membungkus ikan bilis kepada peniaga ketika majlis Perasmikan Pasar PJ@Kita Sri Damansara, Petaling Jaya pada 25 Mac 2022.
Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad (kanan) menerima lukisan daripada anak-anak petugas barisan hadapan ketika majlis Apresiasi Inisiatif Cakna Anak Barisan Hadapan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 23 Mac 2022.
Gelagat kanak-kanak yang ditenangkan bapanya semasa menjalani proses berkhatan ketika program Sunathon Perdana Negeri Selangor 2022 di Masjid Jamek Al-Amaniah, Gombak pada 6 Mac 2022.
Orang ramai mengunjungi Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam pada 6 Mac 2022.
Persembahan nyanyian vokalis Joey kumpulan rock Bumiputra Rockers (BPR) ketika majlis perasmian dan pelancaran Jelajah Selangor XTIV 2022 di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 5 Mac 2022.
Suasana di sekitar Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 4 Mac 2022.
Pengunjung memilih barangan produk tempatan untuk dibeli ketika program ‘Sapot Asnaf Sapot Lokal’ di Food Market Wangsa Melawati, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2022.
Mangsa banjir menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Klang pada 23 Februari 2022.
Beregu Lelaki Negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik beraksi ketika menentang beregu dari Korea Selatan, Kim Hwi Tae dan Kim Jaehwan dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 19 Februari 2022.
Pemain beregu wanita Pearly Tan dan Valeree Siow beraksi ketika menentang beregu dari Korea Selatan, Baek Ha Na dan Seong Seung Yeon pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 19 Februari 2022.
Sukarelawan Yayasan ROSE menunjukkan kit ujian PCR HPV untuk saringan kanser pangkal rahim di Dewan Komuniti MBPJ Damansara Damai, Petaling Jaya pada 13 Februari 2022.
Peserta mengikat bunga ketika Majlis Malam Irama dan Pertandingan Tradisional India sempena Hari Ponggal di Sri Maha Mariaman Ken Rimba, Padang Jawa, Shah Alam pada 12 Februari 2022.
Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Startegik Yide, Muhammad Hafiz Bahari menunjukkan replika model projek pembangunan kompleks asrama anak yatim Pulau Indah di ibu pejabat Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) pada 10 Februari 2022.
Persembahan kumpulan pemuzik dalam Blues Valley Jam di BSYNC Studio, Kuala Lumpur pada 8 Februari 2022.
Usahawan produk kesihatan dan kecantikan, Norliza Aizul Zulkifli menunjukkan produknya ketika Kembara Sukses Hijrah Selangor di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 8 Februari 2022.
Pengunjung memilih ayam segar untuk dibeli dalam program jualan murah di Wisma PKPS, Shah Alam pada 7 Februari 2022.
Pekerja sedang menggantung tanglung bagi persiapan sambutan Tahun Baharu Cina di kedai perhiasan rumah Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 30 Januari 2022.
Pengawai sedang berurusan dengan pelanggan bagi pengurusan lesen ketika majlis Perasmian Kuanter Bersepadu Dan Pelancaran Sambutan Jubli Perak (25 Tahun MPKj) di Menara Majlis Perbandaran Kajang pada 28 Januari 2022.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.