Peserta membuat pemeriksaan mata ketika program Selangor Saring dalam Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022.
Aksi kanak-kanak dalam pertandingan bola sepak bawah lapan tahun yang diadakan ketika Jelajah Selangor Penyayang di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun 2022.
Orang ramai membeli barangan keperluan asas menerusi program Jelajah Jualan Ehsan anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga, Shah Alam pada 18 Jun 2022.
Tan Sri Lee Lam Thye menunjukkan buku biografinya selepas majlis pelancaran buku biografi Tan Sri Lee Lam Thye di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada 16 Jun 2022.
Khairul Najib Ibrahim dan anaknya, Qaseh Rania, 12, melihat rakaman video ketika sesi latihan bersama Kelab NK Osijek FC selama dua minggu di Croatia ketika diwawancara Media Selangor di Puchong pada 15 Jun 2022.
Mangsa tembakan rompakan bank, Mohd Zaidi Mohd Noor menunjukkan parut akibat tembakan ketika sesi ziarah Perkeso di kediaman keluarganya di Taman Kota Perdana, Seri Kembangan pada 13 Jun 2022.
Peserta membuat pemeriksaan mata ketika program Selangor Saring di Dewan MPAJ Lembah Jaya, Ampang pada 11 Jun 2022.
Pengunjung menggunakan mesin kitar semula ketika majlis perasmian Hari Terbuka @ PJ Eco Recycling Plaza sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 dan ulang tahun ke-16 Bandaraya Petaling Jaya di PJ Eco Recycling Plaza, Petaling Jaya pada 9 Jun 2022.
Atlet menembak Selangor, Muhammad Syukri Zulkifli ketika sesi latihan di Lapang Sasar Kelab Menembak Subang, Petaling Jaya pada 7 Jun 2022.
Farhan Affandi (kanan) dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bersama terjemahan buku judul Abu Bakr as-Siddiq:Liku-liku hayat dan pemerintahan khalifah dan buku Mahligai Impian (terjemahan karya Naguib Mahfouz) ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 6 Jun 2022.
Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Gombak menunjukkan buku yang mereka beli pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 6 Jun 2022.
Pempamer Pemasaran PTS, Aisyah Hamdan, 18 yang dilihat memakai kostum dari siri popular Money Heist menunjukkan risalah untuk di berikan kepada pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 3 Jun 2022.
Peserta dari Persatuan Seni Silat Bangau Putih Selangor mempersembahkan aksi mereka pada Kejohanan Seni Bela Diri Selangor Xtiv di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 29 Mei 2022.
Peserta wanita mempersembahkan seni silambam ketika Kejohanan Seni Bela Diri Selangor Xtiv di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 29 Mei 2022.
Pempamer gerai kebun komuniti Ampang, Noorida Abdul Majid (kiri) menerangkan sistem apongan gabungan inovasi daripada sistem hidroponik dan akuapomik kepada pengunjung pada Hari Inovasi Pertanian Selangor Dan Selangor Agro Green 2022 di Pejabat Pertanian Daerah Gombak pada 24 Mei 2022.
Peserta menghadiri temu duga Program Penempatan Pekerjaan 2022 anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna Ayer Panas, Kuala Lumpur pada 23 Mei 2022.
Kanak-kanak seronok bermain bunga api ketika tinjauan SelangorKini di program Deco Raya di Taman Mawar 2, Sepang pada 18 Mei 2022.
Orang ramai menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di BBST Walk Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 25 Mei 2022.
Peserta menghadiri temu duga program Jelajah Jobcare Selangor di Dewan Taman Gemilang Dengkil, Sepang pada 14 Mei 2022.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama ketika sambutan Hari Wesak Peringkat Negeri Selangor di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Kuala Langat pada 14 Mei 2022.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.