SHAH ALAM, 18 APRIL: Sukarelawan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini mengedarkan 200 pek makanan kepada penduduk berpendapatan rendah (B40) di sekitar Bangi, Selangor.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Hampir RM60,000 sumbangan disalurkan kepada masjid dan surau di sekitar Dewan Undangan Negeri Kajang bagi menjayakan program pengimarahan sepanjang Ramadan ini.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa memantau harga juadah dan barangan di bazar Ramadan.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Bahagian Pemulihan Riqab Majlis Agama Islam Selangor (Mais) baru-baru ini mengadakan lawatan ke rumah pemulihan riqab di sekitar Sabak Bernam.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Penghuni Pangsapuri Teratai, Bandar Baru Selayang yang terlibat dengan kejadian tebing runtuh Disember lalu dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Tiada paksaan bagi warga emas yang berisiko tinggi untuk mengambil suntikan dos penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
PUTRAJAYA, 18 APRIL: Lima kesalahan lalu lintas tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena musim perayaan kali ini dan perlu diselesaikan di mahkamah, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya menyelamatkan 1,898.8 kilogram (kg) lebihan makanan di tiga bazar Ramadan daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah.
SHAH ALAM, 18 APRIL: Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji melalui aplikasi THiJARI bagi tahun 2022 mulai esok hingga 18 Mei ini.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Malaysia Airlines Bhd akan menambah 20 frekuensi tambahan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu pada tempoh penerbangan puncak semasa Hari Raya bermula 28 April hingga 8 Mei 2022 bagi menampung lonjakan dalam penerbangan domestik.
KUALA LUMPUR, 18 APRIL: Berdasarkan statistik tinjauan kesihatan dan morbiditi Malaysia pada 2019, dianggarkan 424,000 kanak-kanak bergelut dengan masalah kesihatan mental yang menggambarkan isu kesihatan mental dalam kalangan golongan itu di negara ini sebagai satu epidemik.
KAJANG, 17 APRIL: Program Jualan Prihatin Rakyat anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memudahkan penduduk mendapatkan bekalan keperluan harian terutama pada Ramadan.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan gaji minimum penjawat awam dinaikkan kepada RM1,800 sebulan kerana pendapatan semasa mereka tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, kata Presidennya Datuk Adnan Mat.
KAJANG, 17 APRIL: Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyediakan 100 keping kupon diskaun 50 peratus kepada penduduk yang hadir ke jualan prihatin rakyat.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 akan diawalkan kepada 18 April 2022 daripada 20 April seperti yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor hingga jam 1 pagi esok.
GOMBAK, 17 APRIL: Dato’ Menteri Besar mengagihkan 300 pek roti john dan kurma kepada pengunjung serta peniaga Bazar Ramadan Taman Samudera, Batu Caves hari ini.
KOTA BHARU, 17 APRIL: Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka membentangkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 pada bulan ini, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
SHAH ALAM, 17 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan bantuan bernilai lebih RM66,000 kepada Masjid Bandar Baru Ampang bagi membiayai kos menggantikan permaidani yang diguna sejak 2008.
SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabak Bernam dan Hulu Selangor, Selangor hingga jam 9 malam ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.