Orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Jobcare Selangor 2024 bagi mencari peluang pekerjaan di Dewan Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, Ampang pada 17 Ogos 2024.
Seramai 127 orang rakyat Palestin tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang bagi mendapatkan rawatan perubatan dengan menaiki dua pesawat Airbus A400M milik TUDM pada 16 Ogos 2024.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian menghias Jalur Gemilang pada basikal mereka sempena pelancaran bulan kebangsaan dalam majlis perasmian Kempen Kajang Bersih Kajang di Hatiku di SMK Saujana Impian, Kajang pada 12 Ogos 2024.
Pasukan Media Selangor bersama 11 lagi pasukan mengambil bahagian dalam Kejohanan Ping Pong Sukan Integriti MBI 2024 di Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 10 Ogos 2024.
EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan Dato' Ng Suee Lim (dua, kanan) mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyeragaman di bawah jawatankuasa induk majlis pembangunan SGKV di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 8 Ogos 2024 .
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyantuni pekerja Warung Ibu ketika bersarapan pagi bersama rakyat dalam Program Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Kuala Langat pada 7 Ogos 2024.
Demontrasi memadam kebakaran oleh kadet bomba dalam majlis penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato' Menteri Besar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Kuala Selangor pada 6 Ogos 2024.
Ribuan orang membanjiri Program Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2024.
Pengunjung membuat pemeriksaan mata dalam Program Selangor Saring DUN Kampung Tunku di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) SS3, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2024.
Pengarah Urusan BNG Nooraihan Che Li yang juga orang kurang upaya (OKU) membuat jualan secara dalam talian di pejabat BNG Homeware Hub, Semenyih, Kajang pada 1 Ogos 2024.
Pasukan Media Selangor dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bergambar sebelum memulakan perlawanan persahabatan bola sepak di EV Arena Shah Alam, Seksyen 13, Shah Alam pada 30 Julai 2024.
Orang ramai menyertai pertandingan memasak sempena Karnival Rakyat Karangkraf: Jom Sertai Riuh Rewang Bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selango (PKPS) di Kompleks Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam pada 28 Julai 2024.
Kanak-kanak mengambil bahagian pertandingan mewarna dalam majlis perasmian Karnival Jelajah 3S Santai, Sihat, Sejahtera di Pengkalan Sabak, Sabak Bernam pada 27 Julai 2024.
Pengunjung mengimbas kod QR bagi mendapatkan hadiah misteri dalam Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 25 Julai 2024.
Orang ramai mengunjungi Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor 2024 di Menara BAC, Petaling Jaya pada 17 Julai 2024.
Datuk Hattan menghiburkan tetamu dalam majlis Malam Sambutan Jubli Perak Invest Selangor di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 15 Julai 2024.
Kakitangan kerajaan memegang plakad MamaKerja selepas sidang media oleh EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di Wisma Dewan Annex Negeri Selangor, Shah Alam pada 11 Julai 2024.
Aksi perlawanan akhir Liga MSNS-KRS di antara pasukan Cobra Black dan KL Tigers di Stadium Ragbi Pangkaan Udara Subang, Shah Alam pada 7 Julai 2024.
Jejambat Bandar Saujana Putra sepanjang 820 meter dibuka kepada pengguna dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada 7 Julai 2024.
Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni ketika menyampaikan kuliah Isyak dalam program Talaqqi Kitab Turath Islami di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Jun 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.