Peserta Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor memberi kambing makan ketika menyertai suai kenal (FAM Trip) mempromosikan produk agro pelancongan Selangor di Farm Fresh Serdang, Subang Jaya pada 14 November 2024.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Safee Sali memberi tunjuk ajar kepada pelajar sekolah yang menyertai Super Safee Soccer School dan Klinik Asas Bola Sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Ampang Jaya pada 10 November 2024.
Pengasas Tiffin Jeiwa, Ina Fadilah Nizar menunjukkan produk lukisan tangannya dalam Karnival Usahawan Wanita Malaysia di Pusat Konvensyen IOI City Mall, Putrajaya pada 8 November 2024.
Penduduk setempat menggunakan laluan pejalan kaki yang dinaik taraf di bawah Projek Selangor Penyayang (PSP) di Jalan SS2/48, Petaling Jaya pada 7 November 2024.
EXCO Pelaburan Ng Sze Han (barisan ketiga, tengah) bersama pemenang dalam majlis penutup E-Commerce Xccelerator (ECX) di Auditorium Suhunjaya Sekuriti, Kuala Lumpur pada 5 November 2024.
Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han melihat pekerja kontraktor mengalih penghadang jalan ketika meninjau kawasan yang siap dibaiki akibat tanah runtuh di Jalan Wawasan 3/9, Taman Wawasan, Subang Jaya pada 1 November 2024.
Kakitangan awam mencuba permainan psikologi dalam Majlis Perasmian Hari Psikologi dan Hari Terbuka Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Selangor (AKRAB) Perkhidmatan SUK Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 28 Oktober 2024.
Orang ramai beratur mengambil cendol dalam majlis perasmian sambutan Deepavali peringkat negeri di Dataran Klang @ Padang Chetty, Klang pada 26 Oktober 2024.
Kaum India membeli pelbagai barangan sebagai persiapan menyambut Deepavali ketika tinjauan Media Selangor di Littile India, Klang pada 26 Oktober 2024.
Kaum India membeli pakaian baharu sebagai persiapan menyambut Deepavali ketika tinjauan Media Selangor di Littile India, Brickfields, Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2024.
Kanak-kanak bermain futsal selepas majlis perasmian Pusat Smart Desa oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Balai Raya Kampung Sri Taman Baru, Ampang Jaya pada 20 Okober 2024.
Kakitangan awam mengikuti Pembentangan Belanjawan Malaysia Madani 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 18 Oktober 2024.
Pengunjung tertarik melihat robot anjing bernama Wendy ketika mengunjungi reruai Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2024.
Pengunjung mengimbas kod QR ketika mengunjungi Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2024.
Anjung Digital Smart Selangor UKM dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Kajang pada 10 Oktober 2024.
Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024.
Persembahan dari kumpulan Shoutul Makmuriah dari Sungai Besar yang menjadi johan Festival Al-Barzanji dan Marhaban sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Selangor di Dewan Orkid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 5 Oktober 2024.
Kakitangan Paya Indah Wetlands bergambar bersama maskot orang utan dan beruang matahari yang diperkenalkan dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Operasi dan Pengurusan Tanah Rizab Paya Indah Wetlands (PIW) di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Putrajaya pada 3 Oktober 2024.
Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Prof Madya Dr Asyaari Muhammad berucap dalam Seminar Gastronomi Melayu Kebangsaan (SEGEMUK) anjuran ATMA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Kajang pada 1 Oktober 2024.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peserta Seminar Wasatiyyah dan Membendung Ekstremisme di Dewan Dahlia Masjid Negeri, Shah Alam pada 30 September 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.