Suasana pagi di Pasar Awam Kajang, Hulu Langat pada 14 Februari 2025.
EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi (dua, kiri) menunjukkan buku Pelan Induk Peniaga Shah Alam (PIPE-SA) 2025-2030 dalam Majlis Penyerahan Permit dan Kit Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 12 Februari 2025.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R.
Pemain Teleflow (kiri) dihalang oleh pemain MPKj dalam perlawanan akhir Selangor Champions League di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 9 Februari 2025.
Pengunjung melihat al-Quran yang dijual sempena Majlis Penutup Festival Antarabangsa Seni al-Quran Restu dan Pelancaran STEM dalam al-Quran di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor, Shah Alam pada 1 Februari 2025.
Leong Kam Poh, 74, (kiri) bersama isteri membeli barangan keperluan asas sempena Jualan Mega Tahun Baru Cina di Tapak Pasar Malam Pandan Cahaya, Ampang Jaya pada 27 Januari 2025.
Jamilah Harun, 39, dari suku Mah Meri mengayam origami sempena program Perkampungan Kebudayaan Selangor di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 23 Januari 2025.
Pengunjung tertarik melihat pelbagai jenis tanglung dan pameran seni bunga yang menghiasi kawasan kuil di Dong Zen Fo Guang Shan di Jenjarom sempena menyambut Tahun Baru Cina pada pada 22 Januari 2025.
EXCO Sumber Manusia V Papparaidu (tengah) bersama penerima dalam Majlis Penyerahan Bantuan Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) 2024 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Banting, Kuala Langat pada 21 Januari 2025.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025.
ADN Bukit Lanjan Pua Pei Ling bersama penduduk bermain dam ular dalam program Play & Fun Bukit Lanjan di Padang Wangsa Permai, Petaling Jaya pada 17 Januari 2025.
Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan meninjau laluan pejalan kaki dan tangga yang siap dibina menerusi Projek Mesra Rakyat 2024 di Klinik Kesihatan Sungai Chua, Hulu Langat pada 16 Januari 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (kiri) melihat pelukis Sky Yong menyiapkan lukisan mural selepas sidang media di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat pada 12 Januari 2025.
Orang ramai mengambil beras dalam program kutipan dan penyerahan beras sebagai kongsi rezeki yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poi Min Puchong, Subang Jaya pada 12 Januari 2025.
Kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman, Putrajaya pada pukul 8.36 pagi bagi prosiding mendengar rayuan berhubung dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum dengan pendengaran permohonan pihak pembelaan mengemukakan bukti tambahan pada 6 Januari 2025.
Tan Chang Hao, 34, membuat persiapan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dengan menampal kaligrafi tulisan Cina di rumahnya di Kampung Baru Jenjarom, Banting pada 5 Januari 2025.
Orang ramai membeli bunga sebagai persediaan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada 4 Januari 2025.
Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) sempena majlis perasmian Pasaraya Kedua Ehsan Mart DUN Pandan Indah di Pandan Utama, Ampang Jaya pada 2 Januari 2025.
Peniaga Low Fook Fang menjual pokok limau kasturi sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina di Bandar Damai Perdana, Kajang pada 29 Disember 2024.
Ribuan umat Islam hadir mengimarahkan Festival Darul Ehsan Berselawat Rehlah Menuju Cahaya Shifa di Setia City Park, Setia Alam pada 27 Disember 2024.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.