Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berucap pada Majlis Perutusan Pengerusi Mais 2023 di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 27 Januari 2023.
Jurulatih SSS Leopard Mohamad Zool Hilmy Mohd Yusof bersama dua pemainnya Nur Hafizatul Alya Yahya (kiri) dan Asma Munajati menunjukkan piala Liga Super Wanita FAS edisi 2021 yang dimenangi pasukan mereka pada Majlis Undian Liga Super Wanita FAS 2023 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 25 Januari 2023.
Petugas menyusun telur pada program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Morib di Taman Sri Desa, Kuala Langat pada 21 Januari 2023.
Pengunjung tertarik melihat sinaran cahaya tanglung yang menghiasi persekitaran kuil sempena perasmian Festival Tanglung dan Bunga 2023 bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina di Rumah Ibadat Fo Guang Shan Dong Zhen, Jenjarom pada 19 Januari 2023.
Lukisan mural yang telah dibaik pulih oleh pelukis Silly Jellie atau lebih dikenali Ellie di pusat komersial SS2, Petaling Jaya pada 17 Januari 2023.
Kanak-kanak kelainan upaya mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Januari 2022.
Lau Mun Wai, Ong Chin Hoe and Chia Wah menunjukkan sumbangan yang mereka terima pada majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dewan MBPJ Taman Sentosa, Petaling Jaya pada 11 Januari 2023.
Orang ramai menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 melalui skrin besar di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 10 Januari 2023.
Pengunjung mengambil kesempatan melihat pelbagai koleksi karya sempena majlis perasmian Pameran Terbuka Galeri Shah Alam 2022 di Galeri Shah Alam Seksyen 14, Shah Alam pada 10 Januari 2023.
Kerja penstabilan cerun di Taman Bukit Permai 2 Ampang siap 80 peratus sejak dimulakan Mei tahun lalu ketika tinjauan pada 9 Januari 2023.
Orang ramai menyaksikan Kejohanan Golf Junior Antarabangsa Selangor 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya pada 8 Januari 2023.
Orang ramai menonton skrin besar perlawanan separuh akhir pertama Malaysia menentang Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada 7 Januari 2023.
Ayam segar dijual dengan harga murah sempena jualan gudang bermula hari ini sehingga Ahad dengan potongan harga sehingga 50 peratus di ST Rosyam Mart Seksyen 9, Shah Alam pada 6 Januari 2023.
Normahani Abdul Razak bersama anaknya Nur Julia Arissa, 9, dan Muhamad Adib Aiman, 13, membeli peralatan alat tulis sebagai persiapan pembukaan sesi persekolahan di Melawati Mall, Hulu Kelang pada 2 Januari 2023.
Orang ramai menyaksikan perlumbaan Drift APDCrew melibatkan 32 pelumba dari dalam dan luar negara di litar APDCrew, Serdang pada 31 Disember 2022.
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan (belakang, tengah) bergambar kenangan bersama kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada majlis perpisahan beliau di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam pada 30 Disember 2022.
Dua gadis membaca buku kumpulan drama muzikal Mendam Rindu yang baru dilancarkan oleh Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan di Galeri Seni Halus Aswara, Kuala Lumpur pada 29 Disember 2022.
Khaw Tham Chye memasang tanglung menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Tokong Shun Nam Gong, Jalan Reko, Kajang pada 29 Disember 2022.
Nur Dania Aisyah Rafizudin, 8 melihat replika nyamuk Aegypti pada majlis perasmian Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (MKKAS) 2022 di Etika Dairies Sdn Bhd, Klang pada 29 Disember 2022.
Pengusaha kedai mencuci kereta dapat meneruskan perniagaan setelah bekalan air melibatkan 472 kawasan di lima wilayah terjejas akibat henti tugas dua loji rawatan air (LRA) sejak 24 Disember pulih sepenuhnya ketika tinjauan Selangorkini di Bandar Damai Perdana, Kajang pada 28 Disember 2022.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.