Petugas Selgate, Farhana Fasha Othman (kiri) memberi penerangan kepada pengunjung mengenai Iltizam Selangor Sihat sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Gombak di tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, Gombak pada 25 Februari 2023.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Datuk Abd Hamid Hussain menjawab soalan media selepas Operasi bersepadu Jabatan Imigresen (JIM) di penempatan haram pendatang asing di Cyberjaya pada 23 Februari 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
Ketua Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters Norhayati Nordin (empat, kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ab Muneim Ibrahim (tiga, kiri) pada Forum Bual Bicara Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah di Dewan MPKK Kampung Melayu Wira Damai, Gombak pada 22 Februari 2023.
Orang ramai membeli barangan keperluan asas dengan harga yang murah pada Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bandar Utama di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya pada 22 Februari 2023.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (dua, kanan) diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini (dua, kiri) beramah mesra bersama penerima bantuan pendidikan sekolah LZS tahun 2023 di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Februari 2023.
Pengasas Raxbit Rafiq Sharman membimbing peserta yang mengikuti Bengkel Bina Games di Pustaka Raja Uda, Shah Alam pada 21 Februari 2023.
Orang ramai mendapatkan barang keperluan asas di Jualan Ehsan Rakyat (JER) sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023.
Acik Amat (kanan) melayan kanak-kanak sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Oasis Batang Kali, Hulu Selangor pada 19 Februari 2023.
Kanak-kanak meluangkan masa membaca buku di perpustakaan bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Sri Perantau, Klang pada 18 Februari 2023.
Penyanyi popilar Azlan menghiburkan orang ramai dengan lagu Jangan Khianati Aku sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Sri Perantau, Klang pada 18 Februari 2023.
Orang ramai menyaksikan pertunjukan pembukaan tarian singa sempena Program Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Parlimen Selayang, DUN Sungai Tua dan DUN Taman Templer di Selayang Baru pada 10 Februari 2023.
Pengurus Besar unit khas Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz (lima, kanan) bersama Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid (enam, kanan) dan Presiden Eksekutif Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (tengah) bergambar bersama kakitangan mereka pada hari terakhir pameran pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) di SACC Mall, Shah Alam pada 10 Februari 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi oleh Presiden Universiti Selangor (Unisel) Profesor Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman dan pelajar selepas memberi Syarahan Reformasi Pendidikan untuk Kesejahteraan masa depan Malaysia di Unisel Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 9 Februari...
Pengunjung menunjukkan senarai harga barangan mentah yang dijual ketika Program Jelajah Ehsan Rakyat di Dewan Jaya Setia Kampung Jaya Setia, Ijok, Kuala Selangor pada 8 Februari 2023.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan melakukan gimik pelancaran Kayuhan Menjunjung Kasih 2022 edisi ke-3 bersama Raja Muda Selangor sambil diperhatikan oleh Ketua Unit Perniagaan 2 Sime Darby Faizal A Hamid di Auditorium Raja Ismail MPK, Klang pada 8 Februari 2023.
Pengunjung Roshidah Isa, 48, (kanan) dan Sofia Azira Abdullah, 37, menunjukkan barangan basah yang dibeli pada Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Kandis di perkarangan Masjid Al Bakri Bukit Naga, Shah Alam pada 7 Februari 2023.
Orang ramai melihat persembahan tarian singa sempena Pesta Budaya dan Warisan Chap Goh Mei Kajang di Jalan Mendaling, Hulu Langat pada 5 Februari 2023.
Nik Nur Jihan Nik Mohd Mukhtar, 39, dari Jalan Enggang, Taman Keramat berjalan pulang membawa troli wagon selepas membeli barangan keperluan asas sempena Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Hulu Kelang di AU3, Keramat pada 2 Februari 2023.
Dua sahabat Suhairil Sulaiman (kiri) dan Farid Razis membeli barangan keperluan asas yang dijual lebih murah berbanding harga pasaran pada Program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Rawang di Dewan MPPK Kampung Melayu, Rawang pada 30 Januari 2023.
Persembahan tarian singa pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina 2023 peringkat negeri di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 28 Januari 2023.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.