Khairul Lizal Yaakob, 44, bersama anaknya, Umar Nufael, 11 (dua, kanan) dan Umar Sufie, 12 membeli songkok sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam pada 2 April 2023.
Orang ramai membuat persiapan awal dengan membeli tiket bas pulang beraya ke kampung halaman sebelum kehabisan di Terminal Bas Seksyen 17, Shah Alam pada 31 Mac 2023.
Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga berbuka puasa di Padang Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada 31 Mac 2023.
EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han (dua, kiri) diiringi oleh oleh Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) merangkap Pengarah Kejuruteraan Ir Rosli Mohammad Yunus (kanan) meninjau jalan sambung yang akan dibuat bagi kemudahan orang ramai di antara Persiaran Taman Perindustrian Kinrara dan Jalan BK 5B di Puchong, Subang Jaya pada 30 Mac 2023.
Puteri Nur Ain Noor Azman (kanan) bersama rakannya Nur Enafira Sazlin Noor Azahari mengimbas QR code E Pokok bagi mengenal jenis tanaman yang terdapat di Dusun Bandar Taman Kosas selepas Majlis Perasmian Dusun Bandar dan sambutan Hari Landskap Negara peringkat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2023 di Ampang Jaya pada 29 Mac 2023.
Dzabedah Alisman, 60 (kanan) dan Jubaidah Tarmidi, 61, menggunakan mesin layan diri makanan khusus untuk golongan B40 di Rumah Pangsa Kayu Ara, Petaling Jaya pada 27 Mac 2023.
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (duduk, kanan) berkenan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Don pada majlis penyerahan sumbangan aidilfitri Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) kepada anak yatim sekitar daerah Klang di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Klang pada 25 Mac 2023.
Orang ramai membanjiri bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa di Bandar Baru Ampang pada 24 Mac 2023.
Johan Deklamasi Puisi Kemerdekaan Negeri Melaka, Muhammad Rukhaini Zaiton atau nama penanya Bob Cincin Suasa mendeklamasi puisi anti dadah 'Adalah Anak Watan Mu' pada majlis sidang media Teater Komedi Seram Anti Dadah dari Cherok Tok Kun ke Putrajaya di Pejabat MBI, Shah Alam pada 15 Mac 2023.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengaminkan doa yang dibaca oleh Mufti Selangor Sahibus Samahah Dato’ Dr Anhar Opir selepas merasmikan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor (DNS) Keempat Belas Tahun 2023 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 13 Mac 2023.
Pengunjung bersua foto berlatar belakang tulisan Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 12 Mac 2023.
Thye Huat Lai bersama isteri Grace Mui Dan anak Thye Qing Le berswafoto ketika Jelajah Kita Selangor Penyayang dun Sepang di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Sepang pada 11 Mac 2023.
Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman siap dibaik pulih dan dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Kampung Tunku, Petaling Jaya pada 10 Mac 2023.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan meluangkan masa bersama pesakit kanak-kanak ketika melawat wad pediatrik selepas merasmikan Hospital Cyberjaya, Sepang pada 9 Mac 2023.
Artis budaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjayakan persembahan tarian pembukaan menggunakan kerusi roda pada Majlis Perasmian Persidangan: Kita Selangor, Iltizam Reka Bentuk Sejagat Ke Arah Negeri Inklusif di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya pada 7 Mac 2023.
Penyanyi terkenal Mamat Exist menghiburkan orang ramai sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Kuala Langat di Banting Waterfront, Kuala Langat pada 5 Mac 2023.
Beberapa penunggang licik beraksi ketika klinik pocket bike sempena Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) daerah Kuala Langat di Banting Waterfront, Kuala Langat pada 5 Mac 2023.
Zanil Yusof, 67, (kiri) dan rakannya Hamid Hassan, 64, membersihkan kebun di tapak pertanian komuniti Surau Al-Sobah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat pada 4 Mac 2023.
Pekerja kontraktor landskap Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) giat menjalankan kerja-kerja pembuangan pokok kiambang di Tasik Bandaran Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 28 Februari 2023.
Persembahan tarian pembukaan oleh kumpulan penari elite pada majlis malam gala pengiktirafan dan penghargaan Angel Group di Hotel Marriot, Putrajaya pada 27 Februari 2023.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.