Hadirin merakam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa, Kuala Selangor pada 19 Julai 2023.
Pertunjukan pakaian tradisional suku kaum negeri Sabah pada Program Santai Kaamatan Selangor 2023 di Padang Sri Muda, Taman Sri Muda, Shah Alam pada 16 Julai 2023.
Usahawan mendapatkan maklumat ketika program Jaringan Usahawan Bizclub : Bizmatch Mega 2.0 di Dewan Raja Muda, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Julai 2023.
Orang ramai membeli barangan keperluan dapur seperti, beras, daging, ayam, telur dan minyak masak pada program Jualan Ehsan Rahmah Parlimen Shah Alam di tapak pasar malam Bukit Subang pada 10 Julai 2023.
Golongan remaja meluangkan masa bermain permainan e-sport sempena pelancaran Madani Afiat dan Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 One Hour Malaysia Clean Up di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 9 Julai 2023.
Pemuda Perpaduan Ampang bergotong-royong melapah daging korban pada Majlis Qurban Perpaduan Pemuda Ampang di Dewan Taman Mulia Jaya, Ampang Jaya pada 30 Jun 2023.
Sukarelawan bergotong royong menumbangkan lembu untuk dikorbankan selepas solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 29 Jun 2023.
Orang ramai mendapatkan pelbagai jenis barangan asas dengan harga murah pada program Jualan Mega Ehsan Rahmah Aidiladha Parlimen Hulu Selangor di Dataran Niaga Serendah, Kuala Kubu Bharu pada 25 Jun 2023.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada majlis perhimpunan penjawat awam dan pemimpin masyarakat bersama Dato' Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Jun 2023.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (enam, kanan) bersama barisan EXCO berdoa ketika sidang media khas sempena lima tahun pentadbiran Dato' Menteri Besar di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 19 Jun 2023.
Orang ramai hadir mencari peluang pekerjaan sempena Karnival Kerjaya Mega Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 17 Jun 2023.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkenan ke majlis bacaan Yasin sempena keberangkatan Baginda ke Tanah Suci di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 16 Jun 2023.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada majlis Amanat Khas Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam pada 12 Jun 2023.
Lebih 1000 peserta menyertai Selangor Bypass Half Marathon 2023 di perkarangan Lotus'S, Rawang pada 11 Jun 2023.
Orang ramai beriadah bersama keluarga bagi mengisi cuti sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Eko Rimba Kanching, Rawang pada 5 jun 2023.
Penyanyi Haqiem Rosli menghiburkan orang ramai pada penutup Karnival Jom Heboh 2023 Selangor Generasi Muda di dataran karnival Stadium Shah Alam pada 4 Jun 2023.
Orang ramai membeli barangan keperluan asas sempena jualan Ehsan Rahmah pada majlis pelancaran Jualan Mega Ehsan Rahmah 2023 di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Taman Keramat, Ampang Jaya pada 31 Mei 2023.
Soraya Irdina Imran Hazim, 5, bermain permainan blok kayu ketika majlis perasmian penutup Karnival Kanak-kanak Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 28 Mei 2023.
Pelbagai aktiviti terdapat pada majlis sambutan Minggu Perpaduan Malaysia Madani peringkat Selangor 2023 di Taman Tasik Shah Alam pada 27 Mei 2023.
Bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum'ah (tengah) menyampaikan amanat pada program Himpunan Ilmuwan Muda Timur Tengah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Mei 2023.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.