PM nafi dakwaan kerajaan sebarkan dokumen pengampunan Najib

24 Nov 2026, 3:35 AM
PM nafi dakwaan kerajaan sebarkan dokumen pengampunan Najib

SHAH ALAM, 24 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia kepada umum.

Beliau turut menafikan dokumen pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak itu disebarkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, AGC sebaliknya menyahklasifikasikan sebahagian dokumen berkaitan bekas Perdana Menteri itu sebagai persediaan menghadapi kes di mahkamah.

"Jadi siapa (menyebarkan dokumen terbabit) patut disiasat, jangan buat tohmahan mengatakan kerajaan edarkan.

"Tidak ada. Tidak benar kerana yang berlaku adalah keputusan Peguam Negara untuk mempersiapkan kes jawapan di mahkamah, itu sahaja," katanya pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini, lapor Berita Harian.

Perdana menteri menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai dakwaan kerajaan menyahklasifikasikan dokumen pengampunan bersyarat Najib dan mendedahkannya kepada umum.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.