Ribuan hadiri pengebumian 70 mangsa ditemukan bawah runtuhan Gaza

15 Nov 2026, 1:30 PM
Ribuan hadiri pengebumian 70 mangsa ditemukan bawah runtuhan Gaza

BANDARAYA GAZA, 15 NOV: Ribuan rakyat Palestin pada Ahad menghadiri upacara pengebumian 70 mangsa yang mayat mereka ditemukan di bawah runtuhan bangunan dan rumah yang musnah akibat pengeboman Israel di kawasan Al-Saftawi, utara Bandaraya Gaza, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Menurut wartawan WAFA, penduduk dan pasukan tempatan berjaya menemukan kira-kira 70 mayat, termasuk 60 yang telah dikenal pasti identitinya, meskipun berdepan pelbagai halangan, sumber yang terhad serta kekurangan peralatan untuk membersihkan runtuhan dan mengeluarkan mayat mangsa.

Operasi mencari dan mengeluarkan mayat masih diteruskan di seluruh Semenanjung Gaza menerusi penyelarasan antara pihak berkuasa tempatan dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) bagi mendapatkan mayat dan cebisan jasad manusia daripada bangunan yang musnah akibat pengeboman Israel di pelbagai kawasan wilayah itu.

Dianggarkan 8,000 mayat dan cebisan jasad manusia masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Semenanjung Gaza sejak bulan-bulan awal tindakan genosid Israel.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.