Latihan keselamatan di KLIA Khamis ini, operasi penerbangan tidak terjejas

10 Nov 2026, 3:11 PM
Latihan keselamatan di KLIA Khamis ini, operasi penerbangan tidak terjejas

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Latih Amal Keselamatan Exercise Eagle Stealth bagi menguji kesiapsiagaan dan keupayaan tindak balas negara dalam menghadapi ancaman keselamatan penerbangan awam akan dilaksanakan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan latih amal yang bermula 9 pagi dan dijangka berakhir pada 11.30 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama strategik Malaysia Airports.

Menurut MKN, latih amal itu bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi antara agensi serta keberkesanan mekanisme tindak balas negara dalam menangani ancaman keselamatan penerbangan awam.

“Operasi penerbangan akan beroperasi seperti biasa dan latihan ini tidak akan menjejaskan aktiviti serta urusan perkhidmatan penerbangan di KLIA,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, orang awam yang berada di sekitar Terminal 1 KLIA dinasihatkan supaya kekal bertenang sekiranya melihat pergerakan pasukan keselamatan, aset operasi atau aktiviti latihan sepanjang tempoh simulasi berlangsung.

“Tiada ancaman sebenar berlaku. Semua aktiviti yang dijalankan adalah simulasi kepada latih amal semata-mata,” menurut kenyataan itu.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.