Helikopter perkhidmatan doktor udara lakukan pendaratan cemas di Bintulu

4 Nov 2026, 3:01 PM
Helikopter perkhidmatan doktor udara lakukan pendaratan cemas di Bintulu

SHAH ALAM, 4 NOV: Helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) melakukan pendaratan cemas di Bintulu hari ini, selepas mengalami masalah teknikal kecil ketika dalam penerbangan dari Sibu ke Miri.

Ketua Polis Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali mengesahkan pesawat berkenaan dalam penerbangan ke Miri untuk mengambil bahagian dalam program pameran ketika kejadian sekitar jam 3.20 petang itu, lapor The Borneo Post.

Ketika kejadian, helikopter tersebut tidak membawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut Nixon, syarikat pengendali helikopter akan menghantar kakitangan dari Miri untuk memeriksa keadaan pesawat dan menentukan punca masalah teknikal itu.

Kejadian mendapat perhatian ramai selepas video yang menunjukkan sebuah helikopter FDS berwarna kuning mendarat di kawasan lapang berdekatan perumahan Sri Pertiwi, Kidurong.

Rakaman berdurasi 51 saat yang tular di media sosial menarik perhatian orang ramai berikutan tragedi helikopter FD yang mengorbankan lima individu di Long Lellang, Ulu Baram, berlaku lebih sebulan lalu.

Pada 8 September, seorang juruterbang dan empat petugas KKM maut selepas helikopter perkhidmatan doktor udara dinaiki mereka terhempas berhampiran Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), Miri.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.