Seindah Busana, Seabadi Kenangan

7 Nov 2026, 12:00 AM
Seindah Busana, Seabadi Kenangan

Hari perkahwinan hanya berlangsung seketika, namun keindahan busana dan detik bahagia yang dirakam akan terus terpahat dalam ingatan. Di sebalik senyuman pasangan mempelai, tersimpan pelbagai persiapan yang dilakukan dengan penuh teliti, termasuk pemilihan busana yang bukan sekadar menyerlahkan penampilan, malah menjadi sebahagian daripada kenangan sepanjang hayat.

Dalam dunia fesyen perkahwinan, keanggunan busana tradisional terus mendapat tempat biarpun cita rasa pasangan masa kini semakin berubah. Baju kurung, kebaya dan songket kekal menjadi pilihan, dengan sentuhan kontemporari yang menyatukan keindahan warisan serta gaya moden. Daripada potongan yang anggun hingga sulaman dan renda yang halus, setiap perincian membawa keistimewaan tersendiri dalam menyerlahkan pesona raja sehari.

Di butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh, keindahan busana pengantin terserlah menerusi koleksi berwarna putih yang menggabungkan elemen klasik dan moden. Bagi pengasasnya, Natasha Mazalan, kesesuaian rekaan dan keselesaan pemakai menjadi antara aspek penting dalam pemilihan busana. Setiap potongan, kemasan renda dan padanan aksesori diberi perhatian agar penampilan pengantin bukan sahaja memikat pandangan, malah mencerminkan keperibadian mereka.

Di sebalik keanggunan sepasang busana, terdapat perincian kecil yang tidak boleh dipandang ringan. Ketika sesi mencuba pakaian, ukuran badan, kedudukan lengan dan labuh kain perlu diperhalusi bagi memastikan busana terletak sempurna. Padanan tudung serta aksesori bagi pengantin Muslimah turut melengkapkan penampilan, sementara sentuhan akhir pada setiap kemasan menjadi pelengkap kepada persiapan sebelum melangkah ke hari bahagia.

Menerusi lensa jurugambar MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN, kehalusan jahitan, keindahan renda dan setiap perincian busana dirakam sebagai sebahagian daripada kisah di sebalik persiapan raja sehari. Kerana akhirnya, busana yang indah bukan sekadar untuk digayakan pada satu hari, tetapi turut menyimpan kenangan yang akan terus dikenang sepanjang hayat.

Pengasas Butik Natasha Mazalan, Natasha Mazalan (kiri) membantu pelanggan memilih warna dan jenis fabrik untuk busana pengantin di butiknya di Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pengasas Butik Natasha Mazalan meneliti busana pengantin yang menjadi pilihan pelanggan bagi memastikan setiap perincian pakaian tampil kemas dan menarik di Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pengasas Butik Natasha Mazalan membantu bakal pengantin menyesuaikan busana bagi memastikan pakaian yang dipilih selesa dan kemas ketika sesi mencuba di Sungai Buloh pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Bakal pengantin mencuba busana putih bagi menilai kesesuaian potongan dan penampilan sebelum membuat pilihan untuk hari bahagianya di Butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pengasas Butik Natasha Mazalan membantu bakal pengantin menyesuaikan busana bagi memastikan pakaian yang dipilih selesa dan kemas ketika sesi mencuba di Sungai Buloh pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pengasas Butik Natasha Mazalan membantu pelanggan memadankan tudung dengan busana pengantin bagi melengkapkan penampilan anggun di Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Bakal pengantin mencuba busana putih bagi menilai kesesuaian potongan dan penampilan sebelum membuat pilihan untuk hari bahagianya di Butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Koleksi busana pengantin berwarna putih dipamerkan di Butik Natasha Mazalan di Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pekerja teliti memasang manik pada fabrik lace hijau sebagai perincian busana pengantin di Butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pelbagai jenis manik berwarna-warni digunakan untuk hiasan busana pengantin di Butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Tengkolok sebagai aksesori pelengkap busana pengantin lelaki dipamerkan di Butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Koleksi busana pengantin, tengkolok dan kasut pengantin tersusun kemas di Butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Aksesori barang kemas tradisional seperti dokoh dan cucuk sanggul dipamerkan sebagai pelengkap busana pengantin di Butik Natasha Mazalan, Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
Pengasas Butik Natasha Mazalan, Natasha Mazalan (berdiri) memeriksa hasil sulaman manik pada fabrik lace bersama pekerjanya di Sungai Buloh, Selangor pada 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Pekerja Butik Natasha Mazalan tekun menyiapkan jahitan busana pengantin 19 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR

Kategorigaleri

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.