Kerajaan teliti kawalan pergerakan pelarian Rohingya

30 Okt 2026, 9:30 AM
Kerajaan teliti kawalan pergerakan pelarian Rohingya
Kerajaan teliti kawalan pergerakan pelarian Rohingya

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan sedang meneliti kesesuaian pelaksanaan kawalan pergerakan terhadap pelarian Rohingya di negara ini dengan mengambil kira aspek keselamatan, kedaulatan negara dan hak asasi manusia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata proses pendataan komuniti pelarian Rohingya di seluruh negara kini memasuki fasa pertama yang membabitkan individu di Depoh Tahanan Imigresen (DTI).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, inisiatif menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) itu dijangka beralih ke fasa kedua dalam tempoh terdekat.

"Pelaksanaan fasa kedua DPP akan memfokuskan kepada pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang berada di luar DTI.

"Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan serta pihak berkuasa tempatan sedang giat melaksanakan sesi libat urus bagi tujuan berkenaan.

"Libat urus itu diadakan bagi mendapatkan maklum balas serta merancang tindakan bersesuaian untuk menyelaras isu membabitkan golongan ini di negara ini," katanya dalam jawapan bertulis yang disia.rkan di portal Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai status komuniti Rohingya, termasuk jumlah yang dikenal pasti, dokumentasi serta pendekatan strategik bagi menangani isu berkenaan

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.