Kerajaan hasrat reformasi agihan dana pembangunan berdasarkan keperluan negeri

30 Okt 2026, 12:30 AM
Kerajaan hasrat reformasi agihan dana pembangunan berdasarkan keperluan negeri

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Kerajaan berhasrat mereformasikan pengagihan peruntukan pembangunan Persekutuan daripada pendekatan berasaskan perbelanjaan sejarah kepada model berteraskan kesaksamaan dan kecekapan peruntukan untuk merapatkan jurang produktiviti wilayah.

Kementerian Ekonomi berkata fokus utamanya ialah merapatkan jurang antara negeri kurang membangun dengan purata nasional.

“Peruntukan yang ditambah setiap tahun melalui Belanjawan 2027, tidak semestinya menunjukkan jurang produktiviti bagi negeri yang menerima peruntukan yang kurang, dianggap tidak setara pencapaian negeri maju, malah negeri tersebut lebih berdaya saing dalam mempelbagaikan ekonomi setempat dengan mengguna pakai sumber sedia ada,” menurut Kementerian Ekonomi di dalam jawapan lisan Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian tersebut menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) mengenai sasaran mengecilkan jurang produktiviti wilayah dan mekanisme pengagihan pembangunan berdasarkan keperluan negeri serta rakyat.

Ketidakseimbangan struktur ekonomi antara negeri mengancam daya saing nasional.

“Sekiranya dibiarkan, wilayah yang tertinggal dalam keupayaan pengeluaran akan terus melebarkan jurang produktiviti negara.

“Oleh itu, peruntukan pembangunan persekutuan mesti berfungsi sebagai impuls fiskal utama untuk merawat defisit infrastruktur, jurang teknologi, dan pasaran buruh di negeri kurang membangun ke arah penumpuan ekonomi wilayah yang mampan,” katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.